Monday, March 12, 2012

ATLET BERBASIKAL PELAPIS KEBANGSAAN DA SERANTAU KE MELBOURNE







Hari ini 3 orang atlet berbasikal program pelapis kebangsaan dan serantau iaitu Malek Marcuss Maccrone, Muhd Firdaus Suardi dan Ummi Hamimah Mohamad akan menjalani latihan di Melbourne sehingga bulan Ogos bagi persiapan ke kejohanan UCI WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIP 2012 yang akan diadakan di Invercargill New Zealand pada 22 - 26 Ogos 2012.

Latihan ini akan dijalankan di bawah pengawasan ketua jurulatih trek negara John Beasley dengan dibantu oleh jurulatih pelapis kebangsaan yang turut bersama-sama atlet ke Melbourne.

Dengan latihan intensif selama 6 bulan disana dengan pendedahan pertandingan tempatan dan latihan gym yang efisen dari pakar yang sama didalam melatih pelumba elit negara iaitu Azizul Hasni Awang dan Fatehah Mustafa.

Turut bersama-sama menjalani latihan di Melbourne 3 bekas atlet pelapis kebangsaan yang baru di naik taraf ke program elit trek iaitu Mohd Fattah Amri Zaid,Muhd Arfy Qhairant dan Ju Pha Som Net.

Ini sebahagian perancangan jangka panjang program elit trek dan pelapis yang,mensasarkan sukan Asia 2014,Sukan Komanwel 2014 dan Sukan Olimpik 2016.

sekian laporan dari KLIA.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.