Thursday, March 22, 2012

Kursus Peningkatan Prestasi Kakitangan USPTN : Hari kedua

21 Mac 2012 : Hari kedua kursus bermula seawal jam 8.30 pagi dengan kehadiran semua peserta yang penuh semangat dan masing-masing telah bersedia untuk menerima ilmu yg baru dan akan memberi manfaat pada mereka. Pada sesi kali ini, pihak urusetia telah menjemput seorang penceramah yang pakar dalam bidang penyampaian berhubung integriti dan juga motivasi. Beliau adalah Dr Celemens yang merupakan Pegawai Kanan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan mempunyai kelayakan akademik iaitu PHD dalam bidang kajian fizik manusia. Sesi beliau dimulakan dengan aktiviti berikut :
8.30-10.15 pg: Integriti membentuk pencapaian kerjaya yang lebih cemerlang.
10.30 - 12.45tgh : Tanggungjawab dan amanah yang diberikan.
2.00- 4.00 : Mengenal potensi diri sendiri
4.30 - 6.30 : Peningkatan kendiri.

Pada sesi beliau, banyak maklumat-maklumat dapatkan disalurkan dengan lebih jelas dan berkaitan dengan kerja hakiki yang diamanahkan kepada semua peserta. Terlalu banyak manfaat dan kebaikan dan telah dipelajari semasa sesi tersebut. Di harap proses pembelajaran akan berterusan walaupun selepas tamat kursus.

Program malam pula diteruskan pada jam 9.00 malam  dengan kehadiran En Meor Shariman, Ketua Unit USPTN Perak, yang dijemput khas bagi berkongsi maklumat tentang Pelaksanaan Program Pelapis.  Objektif utama adalah supaya kakitangan /anggota USPTN tahu apa yang berlaku walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam pemantauan program latihan. Dengan adanya info-info begini, mereka akan sedar ttg kepentingan Program Pelapis untuk sukan negara serta negeri.

Program hari kedua tamat pada jam 10.30 mlm. Terima kasih buat penceramah jemputan yang sudi meluangkan masa walaupun sibuk dengan program-program lain.

Sekian laporan.
-Rashleen-

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.