Wednesday, March 21, 2012

Hari Kedua Kem Atlet Pelapis Serantau 2012


Tarikh :20 Mac 2012
Masa  : 6.45 am-11.00 pm
Tempat :Komplek Rakan Muda Sukan
                   Air Rompin Pahang

Hari kedua kem bermula dengan perhimpunan atlet di perkarangan Pusat Latihan Angkat Berat Kebangsaan Majlis Sukan Negara Rompin, Pahang. Sesi perhimpunan ini di mulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta senamrobik. Setelah tamat,atlet menikmati makan pagi dan bertolak ke  Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, Pahang untuk aktiviti seterusnya. Di sana,atlet dibahagikan kepada 9 kumpulan yang terdiri daripada sukan dan pusat latihan yang berlainan.Kemudian, pihak jurulatih rekreasi  memberi penerangan aktiviti yang akan berlangsung. Setelah selesai,kumpulan atlet diberi tugasan yang pertama  iaitu membina khemah sebagai persiapan untuk bermalam di kawasan hutan.Antara aktiviti lain yang dijalankan pada sesi petang adalah 'orienteering,abseiling dan aktiviti kolam' . Tujuan aktiviti rekreasi ini dilaksanakan adalah untuk membentuk semangat jati diri atlet dan  membentuk semangat sepasukan.Pada sesi malam bermula jam 8 , atlet melakukan aktiviti berkumpulan dan perkemahan.

Syamsul afzan
Rompin

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.