Monday, March 12, 2012

Laporan Pertandingan Olahraga PLN Program Pelapis Zon Selatan




Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Pertandingan Olahraga PLN Program Pelapis Zon Selatan telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 10.03.2012
Tempat : Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Johor Bharu.
Masa: 8.30am - 12.20pm

Untuk makluman tuan/puan seramai 133 orang atlet daripada 14 pasukan / negeri telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Ulasan:

1.Kurang penyertaan daripada atlet perempuan bawah 15 tahun dan dapat dilihat dengan jumlah penyertaan seramai 21 orang sahaja daripada 14 pasukan yang bertanding.

2. Bagi acara pecut, jurulatih Azmi Ibrahim telah mengenal pasti beberapa orang atlet untuk membuat latihan bersama beliau di ASZS sebelum memilih untuk menawarkan di dalam Program Pelapis Serantau.

3. Bagi acara lompat jauh, jurulatih Viktor Sotnikov memaklumkan bahawa atlet - atlet yang menyertai masih lemah dari segi teknik lompatan.

4. Secara keseluruhannya, pertandingan dijalankan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan dan pihak Unit Pelapis Serantau ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih - jurulatih, SDO Negeri, atlet - atlet Pelapis Serantau dari sukan Tinju dan kepada semua yang terlibat kerana membantu dalam menjalankan pertandingan ini dengan jayanya.

5. Keadaan trek yang digunakan agak teruk dan trek sepanjang 100m sahaja yang elok.

6. Dilampirkan gambar - gambar semasa pertandingan dijalankan.

Sekian, terima kasih.

-
NOR SHILAWATI
UNIT PELAPIS SERANTAU

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.