Thursday, March 1, 2012

Laporan Pemantauan Ke Akademi Serantau Zon Utara

Assalammualaikum

Satu pemantauan telah dilakukan di Akademi Serantau Zon Utara, P.Pinang pada 29.2.2012. Pemantauan latihan bermula jam 5.00pm di Kompleks MPSP bagi sukan olahraga. Latihan bermula agak lambat kerana di kompleks tersebut mempunyai Kejohanan Olahraga MSSPP Zon Bukit Merajam dan Permatang Pauh. 

Hanya atlet di bawah kendalian Coach Krishnan membuat latihan di trek, bagi atlet Coach Hazril dan Coach Mazlan hanya menjalani latihan di perkarangan atas (berhampiran tempat duduk) kerana faktor hujan. Untuk atlet memanah pula hanya menjalani latihan asas di asrama ASZU.

Pada sebelah malam, satu perjumpaan bagi semua atlet diadakan. Jumlah keseluruhan atlet di ASZU setakat ini berjumlah 30 orang atlet termasuk atlet berbasikal (3 orang) yang baru mendaftar. Di antara  perkara yang nyatakan semasa perjumpaan adalah mengenai disiplin atlet.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh: 
Noshilawati

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.