Wednesday, August 21, 2013

LAPORAN HARIAN SUKAN REMAJA ASIA KALI KEDUA - NANJING CHINA

Hari ketiga dilapangan menembak dimana acara 10 meter Air Pistol wanita pusingan awal dua wakil negara
Nur Hidayah dan Cheryll Anne masing-masing ditempat ke 18 dan 28 daripada 33 orang peserta. Didalam acara trap lelaki wakil negara Matthew Yeow berada ditempat ke 13 dan akan bertanding didalam pusingan kelayakan pada hari kedua esok.
Suasana suram digelanggang badminton apabila kedua-dua wakil negara didalam acara perseorangan wanita tewas ditangan lawan masing-masing. Ho Yen Mei tewas ditangan wakil daripada Thailand yang juga pilihan pertama iaitu Ongbamrungphan dengan keputusan 0-2 ( 8-21, 5-21). Tahniah diucapkan kepada Ho Yen Mei kerana masih menamatkan permainan walaupun bermain didalam keadaan kecederaan di betis dan lutut. Seorang lagi wakil negara Kisona Selvaduray juga terpaksa akur dengan kehebatan pesaing tuan rumah Qin J dengan keputusan 0-2 ( 16-21, 17-21) Kedua-dua mereka akan bertemu esok hari pada penentuan tempat ketiga seterusnya meraih pingat gangsa. 
Hari ini di venue lawan pedang telah dipertandingkan acara Epee lelaki dan wanita. Didalam acara lelaki wakil negara Fahmy hanya berjaya memenangi dua daripada lima perlawanan peringkat kumpulan sekaligus gagal untuk melayakan diri ke peringkat 32. Didalam acara wanita pula, wakil negara Zaharah Sailan tewas kesemua perlawanan peringkat kumpulan. Berikut merupakan catatan mata kedua-dua atlet didalam pusingan kumpulan masing-masing :
Women's Epee Qualification Round
Malaysia (Zarah) lost to Japan (Maeda) 4-5,
Malaysia (Zarah) lost to Thailand (Thanee) 3-5,
Malaysia (Zarah) lost to Jordan 4-5,
Malaysia (Zarah) lost to Chinese Taipei (Kuo Yen) 1-5
Men's Epee Qualification Round
Malaysia (Fahmy) beat Kazakhstan (Semenov) 5-4
Malaysia (Fahmy) beat Kuwait (Al-Harbì) 5-4.
Malaysia (Fahmy) lost to China (Gu Xi) 2-5
Malaysia (Fahmy) lost to Uzbekistan (Nurmatov) 1-5
Malaysia (Fahmy) lost to Singapore (Chen) 4-5.
Esok dua lagi wakil negara akan bertanding didalam acara foil lelaki iaitu Cheng Xin Han dan juga Bryan Mok. Pertandingan akan bermula jam 12.30 tengahari waktu tempatan.
Lagu negaraku sekali lagi berkumandang di temasya kali ini di kolam renang apabila perenang negara Lim Chin Hwang berjaya menewaskan tujuh perenang lain didalam acara 200 meter kuak bebas lelaki dengan catatan masa 1 : 50.8 Tempat kedua dimenangi oleh perenang daripada Singapura dan ketiga perenang daripada Thailand. Lim Chin Hwang sekali lagi membantu kuartet 4 x 100 meter kuak bebas lelaki untuk memenangi pingat gangsa.
Didalam acara 110 meter lari berpagar wakil negara Muhd Rizzua Haizad telah melayakan diri ke pusingan akhir pada esok hari. Acara akhir dijangka pada jam 10.40 malam waktu tempatan. Seorang lagi wakil negara Kirthana juga melayakan diri didalam acara akhir lompat jauh wanita yang juga akan berlangsung esok.
Esok akan berlangsung acara 53kg sukan taekwondo dimana wakil negara Navin Ari akan bertarung menentang wakil daripada Filipina pada jam 3.30 petang di Lonjiang Gymnasium.
Sekian laporan harian dari Nanjing, China

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.