Sunday, August 18, 2013

LAPORAN HARIAN SUKAN REMAJA ASIA KALI KE-2 NANJING, CHINA

Hari ini (17.08.2013) merupakan hari kelima kontinjen negara berkampung di perkampungan sukan University of Technology Nanjing dan hari pertama pertandingan secara rasminya dijalankan. Suhu tinggi mencecah 40'c tidak menghalang kontinjen negara untuk meneruskan perjuangan didalam sukan masing-masing dan tahap kesihatan setiap atlet berada didalam keadaan baik.

Aksi hari pertama didalam sukan badminton dimana pusingan awal bagi acara perseorangan lelaki wakil negara iatu Satheishtaran telah menewaskan wakil daripada Korea dengan 2-0 ( 21-17, 23-21) manakala wakil perseorangan wanita Kisona Selvaduray telah menewaskan wakil daripada Hong Kong dengan keputusan 2-0 ( 21-11, 21-7) Didalam acara bergu campuran pasangan negara Cheam Jun Wei dan Ho Yen Mei telah berhempas pulas untuk menewaskan pasangan daripada China dengan keputusan 2-0 ( 29-27, 24-22) Kesemua perlawanan telah berlangsung di Nanjing Sports Institute Gymnasium.

Sukan angkat berat juga telah memulakan pertandingan hari pertama dengan empat wakil negara bertanding didalam kategori 56kg (Kumpulan A) dan kategori 62kg (Kumpulan B) Didalam kategori 56kg (Kumpulan A) dua wakil negara Muhd Darul Najmi dan Rony Jesos masing-masing berada dikedudukan ketujuh dan kesepuluh. Pingat emas telah dimenangi oleh badang daripada negara China, pingat perak daripada negara Vietnam dan pingat gangsa daripada kontinjen Athlete of Independence (AOI) Bagi kategori 62kg (Kumpulan B), dua wakil negara Muhd Zaidi dan Muhd Hazirul telah mendaat kedudukan kedua dan ketiga manakala tempat pertama telah dimenangi oleh wakil daripada negara Iraq. Tiada pingat tawarkan didalam kategori ini kerana ianya merupakan pertandingan kumpulan B.

Di arena sukan terjun yang berlangsung di Nanjing Olympic Sports Center Natatorium, pingat pertama kontinjen negara telah dimenangi oleh Loh Zhiayi didalam acara platform wanita. Loh Zhiayi telah mendapat tempat kedua dengan mata 411.90 ketinggalan 9.1 mata daripada penerjun Korea Utara yang mendapat mata sebanyak 421.00 manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh penerjun China. Didalam acara 3 meter papan anjal lelaki, penerjun negara Mohd Danial hanya menduduki tempat keempat dibelakang dua penerjun China dan tempat ketiga dimenangi oleh penerjun daripada Hong Kong. Pertandingan turut diserikan dengan kehadiran CDM Datuk Marina Chin untuk sama-sama memberi sokongan kepada penerjun negara.

Pasukan skuasy juga telah melalui perlawanan pusingan pertama dimana wakil negara didalam acara perseorangan wanita Vanessa Raj telah menewaskan wakil daripada Ahtlete of Independence (AOI) iaitu Tanvi Khanna dengan keputusan 3-0 ( 11-6, 11-7, 11-4)  Walau bagaimanapun seorang lagi wakil negara didalam acara wanita iaitu Rachel Arnold telah tewas kepada wakil daripada Sri Lanka iaitu Mihiliya Methsarani dengan keputusan 2-3 ( 5-11, 5-11, 11-3, 11-9, 11-7) Didalam acara perseorangan lelaki, Ng Eain Yow telah menewaskan wakil daripada Kuwait iaitu Khaled Aljenaidel dengan keputusan 3-0 ( 12-10, 11-7, 11-2) manakla Mohd Syafiq telah menewaskan peserta daripada Jordan iaitu Mohd Alsarraj dengan keputusan 3-2 ( 11-8, 9-11, 11-7, 9-11, 11-5)

Didalam sukan Ping Pong pertandingan pusingan awal mengikut kumpulan masing-masing. Acara lelaki Foo Dunley telah menewaskan peserta daripada Brunei iaitu Rashed dengan keputusan 3-2 pada perlawanan pertama dan telah menewaskan wakil daripada Laos iaitu Phinit dengan keputusan 3-1 didalam perlawanan kedua beliau. Leong Chee Feng telah menewaskan peserta daripada Singapura iaitu Edric Lim dengan keputusan juga 3-0. Didalam acara wanita pula wakil negara Lim Yi Wen telah menewaskan wakil daripada Iran iaitu Jamalifah dengan keputusan 3-1 didalam perlawanan pertama manakala tewas didalam perlawanan kedua ditangan Lam Yee Lok daripada Hong Kong dengan keputusan 0-3. Seorang lagi wakil negara Angeline Tang telah memenangi perlawanan pertama dengan menewaskan wakil daripada Macau iaitu Kuok Cheng I dengan keputusan 3-0 dan tewas didalam perlawanan kedua ditangan Huang Yu Wen daripada Taiwan dengan keputusan 1-3.

Langkah kiri bagi pasukan bola keranjang '3 on 3' negara kerana telah tewas didalam perlawanan pertama menentang gergasi asia yang juga tuan rumah iaitu China dengan mata 15-8 di Wutaishan Basketball Court. 

Esok (18.08.2013) kontinjen negara akan terus berjuang didalam beberapa sukan. Badminton akan melibatkan acara perseorangan, bergu dan bergu campuran dimana pertandingan akan bermula sekitar jam 1.00 petang waktu tempatan. Dikolam renang Loh Zhiayi akan meneruskan cabaran didalam acara 3 meter papan anjal wanita dan Muhd Nazreen akan bertanding didalam acara platform lelaki.

Judo dimana dua wakil negara akan bertanding didalam kategori 52kg bagi Farah Aida dan 66kg bagi Farhan Uzair di Longjiang Gymnasium. Ping pong akan meneruskan pertandingan keperingkat seterusnya bermula jam 10.00 pagi. Sukan skuasy telah masuk keperingkat suku akhir dan separuh akhir dan diharap wakil negara dapat meneruskan cabaran keperingkat ini.

Hari esok juga merupakan hari pertama pertandingan bagi sukan menembak melibatkan acara 10m Air Rifle Wanita yang akan disertai oleh Nur Dayana dan Nur Afifah dan juga bagi acara Skeet yang diwakili oleh Joseph Lee.

Sekian laporan harian dari Nanjing, China.



No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.