Saturday, August 24, 2013

LAPORAN HARIAN SUKAN REMAJA ASIA KALI KE-2 NANJING, CHINA


Hari terakhir pertandingan di Sukan Remaja Asia Kali Ke-2 di bumi Nanjing ini dimana hanya tinggal dua sukan sahaja yang menjadi harapan kontinjen negara iaitu skuasy dan juga renang.

Di arena skuasy acara berkumpulan wanita dimana pasukan negara bertemu pasukan daripda Hong Kong. Pasukan negara yang diwakili oleh Vanessa Raj, Celine Yeap dan juga Rachel Arnold tidak menghadapi masalah untuk mengenepikan cabaran pasukan Hong Kong dengan keputusan 2-0. Pingat emas kedua bagi Vanessa Raj selepas menjuarai acara perseorangan wanita dan kedua untuk sukan skuasy.

Jam 3.30 petang waktu tempatan pasukan lelaki negara yang diwakili oleh Ng Eain Yow, Mohd Syafiq dan juga Darren Chan terpaksa berhempas pulas sebelum memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1. Wira pasukan ialah Darren Chan apabila memenangi perlawanan ketiga selepas kedua-dua negara terikat dengan keputusan 1-1. Dua kali lagu negaraku berkumandang di Nanjing Olympic Sports Center Natatorium menandakan tamatnya pertandingan skuasy bagi temasya edisi kedua ini.

Acara di kolam renang menyaksikan perenang negara bertanding didalam acara saringan dan juga akhir pada hari terakhir pertandingan. Phee Jinq En dan Nadia Adrianna bertanding didalam acara 200m kuak dada dan Nadia layak untuk ke final bagi acara tersebut. Didalam acara final beliau hanya berjaya menduduki tempat keenam. Wong Fu Kang telah bertanding didalam acara akhir 200m kuak dada dan telah berjaya memenangi pingat gangsa. Didalam acara 100m kuak bebas Lim Ching Hwang hanya berjaya mendapat pingat perak walaupun sasaran beliau bagi mendapatkan pingat emas kedua bagi dirinya.

Secara keseluruhan kontinjen negara telah memungut 4 pingat emas, 6 perak dan 7 gangsa meletakan Malaysia ditangga kelapan secara keseluruhan.  Pencapaian atlet negara di temasya kali ini boleh dikatakan baik kerana ianya merupakan kali pertama negara menyertai temasya sebegini selepas edisi pertama pada tahun 2009 yang hanya melibatkan dua sukan sahaja kerana wabak H1N1. Pasukan skuasy dan renang akan bertolak pulang ke Malaysia esok hari pada jam 8.35 pagi waktu tempatan.

Sekian laporan harian dari Nanjing, China.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.