Friday, August 23, 2013

LAPORAN HAEIAN SUKAN REMAJA ASIA KALI KE-2 NANJING, CHINA


Hari kesepuluh di Nanjing menyaksikan atlet negara berjaya membuat penambahan pingat didalam beberapa acara. Di arena skuasy bagi acara berkumpulan wanita, pasukan negara melalui Vanessa Raj, Celine Yap dan juga Rachael Arnold berjaya mengenepikan cabaran pasukan Independence Olympic Athlete (AOI) dengan keputusan 2-0. Didalam acara berkumpulan lelaki pasukan negara berjaya menewaskan pasukan Jordan juga dengan keputusan 2-0. Esok pasukan wanita akan bertemu pasukan Hong Kong pada jam 1.00 petang dan pasukan lelaki akan bertemu wakil daripada Independence Olympic Athlete (AOI) sejurus selepas perlawanan akhir acara berkumpulan wanita yang dijangka jam 3.00 petang.
Acara dikolam renang pula menyaksikan penambahan dua lagi pingat menerusi 100m kuak kupu-kupu wanita dimana perenang negara Yap Siew Hui mencatatkan catatan masa peribadi sekaligus memenangi pingat gangsa dibelakang perenang daripada Korea dan juga Singapura. Satu lagi pingat telah dimenangi oleh Lim Chin Hwang menerusi acara 50m kuak bebas lelaki. Beliau mencatatkan masa 23.46s untuk memenangi pingat perak. Pingat emas telah dimenangi oleh perenang Singapura dan gangsa oleh Korea. Esok perenang negara akan bertanding didalam saringan acara 200m kuak dada lelaki dan wanita, 50m kuak lentang akhir lelaki dan wanita serta 100m kuak bebas    akhir kategori lelaki dan wanita.
Hari ini juga merupakan akhir terakhir bagi sukan olahraga dimana atlet negara Savinder Kaur melalui acara 800m telah berjaya memenangi pingat perak mencatatkan masa 2:14.14 yang juga merupakan catatan peribadi beliau. Pingat emas telah dimenangi oleh wakil daripada Independence Olympic Athlete (AOI) dan gangsa dimenangi oleh pelari Sri Lanka. Atlet lompat tinggi negara Norshafiee Mohd Shah telah berjaya merangkul pingat gangsa dengan lompatan setinggi 2.00m. Pingat emas telah dimenangi oleh peserta daripada Jepun dan perak dimenangi oleh wakil daripada Iran. Didalam acara lontar cakera Chin Poh Kuan hanya berjaya menduduki tempat keempat dengan mencatatkan catatan peribadi iaitu 35.82m. Kirthana Ramasamy juga hanya berpuas hati ditempat keempat apabila dipintas didalam lompatan terakhir oleh peserta daripada Korea dengan beza jarak hanya 0.5m sahaja.   Secara keseluruhan olahraga telah memungut satu pingat perak dan dua gangsa.
Pasukan bola keranjang '3 on 3' negara akhirnya akur ditempat ke 6 apabila tewas ditangan Thailand dengan keputusan 12-16 didalam perlawanan penentuan ditempat ke 5/6. Didalam perlawanan tersebut seorang atlet telah mengalami kecederaan pada hidung akibat disiku pihak lawan.
Sekian laporan harian dari Nanjing, China.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.