Wednesday, August 14, 2013

SUKAN REMAJA ASIA KALI KE-2, NANJING CHINA 2013


Kontinjen Malaysia kali ini menghantar sejumlah 105 orang pegawai dan atlet daripada tiga belas (13) jenis sukan iaitu angkat berat, akuatik (renang & terjun), badminton, bola keranjang, golf, lawan pedang, judo, menembak, olahraga, ping pong, skuasy dan taekwondo. bagi penyertaan kali kedua selepas temasya yang pertama di Singapura pada tahun 2009.

Temasya yang secara rasminya bermula pada 16 hingga 24 Ogos 2013 ini turut disertai oleh 43 buah negara melibatkan seramai 2700 orang atlet didalam 118 buah acara melibatkan 16 jenis sukan. Delegation Registration Meeting (DRM) bagi kontinjen negara telah dijadualkan pada 13 Ogos 2013 dan telah dihadiri oleh tiga orang wakil daripada sekretariat. Mesyuarat yang bermula pada jam 9.30 pagi bertujuan untuk membuat pengesahan terakhir bagi perkara-perakara seperti pendaftaran atlet, pendaftaran penempatan di perkampungan sukan, urusan pengangkutan, pembayaran dan beberapa perkara bagi melancarkan urusan kontinjen negara pada temasya kali ini. Mesyuarat berakhir jam 1.30 petang. Pihak sekretariat juga telah menjadi wakil kepada CDM bagi menghadiri mesyuarat pagi bersama pihak penganjur.

Ketibaan pertama bagi kontinjen Malaysia adalah pada 14 Ogos 2013 diketuai oleh Chef De Mission (CDM) Datuk Marina bersama-sama dengan pegawai dan atlet daripada sukan Skuasy, Ping Pong, Badminton, Judo disamping sekretariat dan pasukan perubatan (ISN).

Sekian laporan ringkas dari Nanjing, China.


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.