Saturday, August 17, 2013

LAPORAN HARIAN SUKAN REMAJA ASIA KALI KE-2 NANJING, CHINA

Hari keempat di Nanjing dimana beberapa sukan seperti angkat berat, skuasy, judo, terjun, badminton dan ping pong telah memulakan latihan masing-masing di perkampungan sukan dan juga di venue rasmi pertandingan.  Cuaca masih lagi panas dengan suhu maksimum mencapai 38'c dan hujan turun dengan lebatnya pada sebelah petang.

Seramai 11 orang atlet dan pegawai diketuai oleh Datuk Marina Chin selaku Chef de Mission dan atlet daripada sukan skuasy iaitu adik Ng Eain Yow telah dipilih untuk menjadi pembawa bendera telah terlibat didalam upacara pembukaan rasmi yang berlangsung di Nanjing Olympic Sports Center. Upacara yang gilang - gemilang ini telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Nanjing dan ucaptama oleh Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) Sheikh Ahmad Fahad Al-Sabah.

Esok akan berlangsung beberapa acara akhir melibatkan atlet negara didalam sukan angkat berat bagi kategori A (56kg) terdiri daripada Rony Jesos dan Muhd Darul Najmi manakala didalam kategori B (62kg) yang terdiri daripada Muhd.Hazirul dan Muhd Zaidi. Venue pertandingan angkat berat ialah di Nanjing International Expo Center. Manakala di Nanjing Olympic Sports Center Natatorium, Mohd Danial Sabri daripada sukan terjun akan beratnding didalam acara 3 meter papan anjal. Atlet negara juga akan terlibat didalam pusingan awal didalam sukan badminton, skuasy, ping pong dan bola keranjang. Ujian getir bagi pasukan bola keranjang kerana akan berdepan dengan pasukan tuan rumah, China pada aksi pertama di Wutaishan Basketball Court pada jam 9.00 malam waktu tempatan.

Hari ini juga kem negara akan menyambut ketibaan atlet dan pegawai daripada sukan menembak, renang, golf dan pegawai daripada sukan olahraga. Seperti hari terdahulu, ketibaan yang dijadualkan pada jam 9.40 malam telah mengalami kelewatan sehingga jam 12.00 tengah malam.

Sekian laporan harian dari Nanjing, China.


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.