Friday, October 30, 2009

LATIHAN PASUKAN JUDO DI ULAANBATTAR MONGOLIA - update




Hari ini (29 Okt), latihan hanya di sebelah petang bersama pasukan judo Mongolia. Selepas latihan, atlet-atlet kita telah ke sauna disebelahan tempat latihan untuk mengekalkan berat badan. Timbang badan akan di adakan pada pagi 31 Oktober 2009.
Keseluruhan atlet-atlet kita berada dalam semangat yang tinggi. Jurulatih Maralgerel amat gembira kerana peningkatan atlet-atlet kita semasa latihan di Mongolia'
Cuaca di Mongolia petang ini amat sejuk iaitu -3 C. Mengikut ramalan cuaca di sini, cuaca akan menjadi lebih sejuk dalam beberapa hari ini dan boleh mencecah hingga -7 C.

Jurulatih dan atlet yang menjalani latihan dan Kejohanan Judo Dunia di Ulaanbaatar adalah seperti berikut :

1. Maralgerel Dambiinyam - Jurulatih
2. Marjan Abdullah - Jurulatih
3. Syaiful Rizal Ahmad Zaidi - Bawah 100kg
4. Mohamed Ezzat Mohamed Noor - Bawah 90kg
5. Mohd Fakhrul Izzat Affandi - Bawah 66kg
6. Nik Norbaizura Nik Azman - Bawah 57kg
7. Norhidayu Muliar - Bawah 52kg

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.