Saturday, October 31, 2009

Latihan/pertandingan atlet JUDO di Ulaanbattar Mongolia - Update






Kejohanan Judo Dunia bermula hari ini. Atlet-atlet kita yang mengambil bahagian hari ini adalah Mohd Fakhrul Izzat (-66kg), Marjan Abdullah (-73kg), Nik Norbaizura (-57kg) dan Norhidayu Muliar (-52kg). Walaupun tewas, pengalaman bertarung dengan jaguh-jaguh judo dunia amat berharga, khasnya pada atlet judo kita yang akan menyertai Sukan SEA di Laos nanti.Esok 2 orang lagi atlet kita akan bertarung iaitu Syaiful Rizal (-100kg) dan Mohamed Ezzat (-90kg).

Majlis perasmian kejohanan diadakan petang tadi dengan penuh gilang gemilang. Kejohanan ini disiarkan secara terus menerus di television Mongolia, yang mana sukan judo merupakan sukan yang paling popular di Mongolia.

Malam ini Presiden Persatuan Judo Mongolia telah mengadakan banquet pada pegawai-pegawai dan wakil negara yang hadir pada kejohanan ini. Saya berkesempatan berbual dengan beliau dan beliau berkata Persatuan Judo Mongolia akan sentiasa membantu Malaysia bagi memajukan sukan judo dan melahirkan jaguh-jaguh judo di Malaysia.

Hari ini salji di Ulaanbaatar dan cuaca malam ini ialah -12 C.
Sekian laporan hari ini dari Ulaanbaatar, Mongolia

Laporan dihantar oleh Cikgu Harun

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.