Thursday, October 29, 2009

LATIHAN PASUKAN JUDO DI ULAANBATTAR MONGOLIA - UPDATE




Pada hari ini (28 Okt), tidak ada latihan pada waktu pagi. Latihan hanya disebelah petang bersama pasukan judo Mongolia. Latihan pun hanya latihan ringan menjelang Kejohanan Judo Dunia. Hari ini juga jurulatih dan atlet judo kita berpindah ke Hotel Bayangol (hotel rasmi kejohanan).

Perbincangan dengan Persatuan Judo Mongolia pada pagi ini terpaksa ditunda kerana mereka sibuk dengan mesyuarat pengelolaan kejohanan dunia. Walau bagaimanapun, perjumpaan dan perbincangan dengan Mr D. Surenkhoriloo (Vice-Chairman, Physical Culture and Sports Authority of Mongolia) telah diadakan. Saya telah menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan Majlis Sukan Negara Malaysia kepada Kerajaan Mongolia khasnya Persatuan Judo Mongolia d atas jemputan dan layanan yang baik yang telah diberikan kepada atlet-atlet judo kita. Saya juga memaklumkan bahawa saya akan menyampaikan jemputan kepada Persatuan Judo Mongolia untuk atlet-atlet judo Mongolia menjalani latihan bersama di Malaysia.

Mr D. Surenkhoriloo mengucapkan terima kasih kerana atlet-atlet kita menjalani latihan dan menyertai Kejohanan Judo Dunia di Mongolia. Beliau juga memaklumkan bahawa Physical Culture and Sports Authority Mongolia melalui Persatuan Judo Mongolia akan sentiasa membantu Malaysia bagi meningkatkan mutu judo di Malaysia. Beliau yakin ini juga akan mengeratkan hubungan yang baik diantara Malaysia dan Mongolia. Beliau mengalu-alukan atlet judo Malaysia untuk sentiasa menjalani latihan bersama di Mongolia dan juga gembira jika atlet judo Mongolia dapat menjalani latihan bersama di Malaysia.

Semasa dinner bersama Setiausaha Persatuan Judo Mongolia semalam, beliau memberitahu bahawa Persatuan Judo Mongolia akan membantu Malaysia untuk memenangi pingat bukan hanya pada Sukan SEA tapi juga pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Sekian laporan untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.