Saturday, October 31, 2009

Latihan/pertandingan Judo di Ulaanbattar Mongolia- update

30 Oktober 2009

Latihan ringan diadakan pada sebelah petang. Malam ini undian telah dijalankan untuk Kejohanan Judo Piala Dunia (Chinggis Khan Judo World Cup) yang akan bermula esok (31 Oktober). Untuk pertandingan yang melibatkan atlet-atlet judo kita adalah seperti berikut : 

Lelaki 

- 66kg   -   Mohd Fakhrul Izzat Afandi bertemu pemenang German / Mongolia (Juara Dunia)

- 73kg   -   Marjan Abdullah bertemu Mongolia

- 90kg   -   Mohd Ezzat Mohd Noor bertemu Poland

- 100kg -   Syaiful Rizal Ahmad Zaidi bertemu pemenang Korea / Mongolia 

Wanita 

- 52kg   -   Norhidayu Muliar bertemu Mongolia

- 57kg   -   Nik Norbaizura Nik Azman bertemu Mongolia 

Ini adalah pendedahan yang amat baik bagi atlet-atlet judo kita kerana ramai jaguh-jaguh dunia yang menyertai kejohanan ini. 

Negara-negara yang menyertai kejohanan ini adalah seperti berikut : 

1.   Australia
2.   Germany
3.   Hong Kong
4.   Iran
5.   Israel
6.   Japan
7.   Malaysia
8.   Kazakhstan
9.   Republic Korea
10. Mongolia
11. Spain
12. Ukraine
13. Uzbekistan
14. Czech Republic
15. Poland
16. China
17. Russia 

Sekian untuk laporan hari ini
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.