Wednesday, October 28, 2009

LATIHAN PASUKAN JUDO DI ULAANBATTAR MONGOLIA




Pada pagi ini (27 Okt) telah ke tempat latihan judo atlet kita. Semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan bersemangat tinggi. Telah bersama dengan atlet hingga mereka tamat latihan pada jam 6.30 petang. Bersama dengan atlet juga telah bersama makan tengahhari di restoran Turkey di sini.

Pada petang ini, atlet-atlet kita berlatih bersama pasukan Kebangsaan Mongolia (Team A, B dan C). Latihan amat berharga bagi atlet-atlet judo kita kerana dapat berlatih bersama beberapa juara dunia, bekas juara dunia, pemenang pingat olimpik dan pingat Sukan Asia. Disamping itu, mereka juga telah mendapat tunjuk ajar dari beberapa bekas juara dunia.

Ini adalah urutan beberapa aktiviti atlet kita semasa di Ulaanbaatar.

16 Oktober 2009 - Latihan bersama pasukan Judo Ulaanbaatar.
19 Oktober 2009 - Pertandingan Judo persahabatan Mongolia - Jepun. Atlet-atlet kita merupakan satu-satunya pasukan yang di jemput khas untuk menyertai pertandingan ini.

Disamping ini, mereka juga telah menjalani latihan bersama beberapa pasukan judo tempatan. Persekutuan Judo Mongolia telah banyak membantu dalam latihan-latihan yang dijalankan.

Pasukan-pasukan luar negara telah mula tiba di Ulaanbaatar untuk menyertai Kejohanan Judo Dunia. Jumlah pasukan dan nama-nama negara yang menyertai akan saya laporkan bila semua negara dah tiba nanti.

Bersama ini di sertakan gambar-gambar dari Mongolia.

Laporan di sediakan oleh Cikgu Harun

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.