Sunday, November 1, 2009

Laporan Harian - Day 1 &2 33rd SEASA, Bangkok



Laporan pada 31 Okt 2009

Kami tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada jam 7.30 malam (waktu di Thai adalah lewat sejam dr waktu di Msia). Kesemua atlet dan pegawai berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Kami hanya keluar dari lapangan terbang pada pukul 11.00mlm kerana seorang atlet tidak dapat menemui beg beliau dan proses weapon check in pejabat kastam yang mengambil masa yang lama.

Kami bergerak ke Lapang sasar Hua Maak pada pukul 11.30mlm untuk menyimpan kesemua peralatan dan senjata disana. Selesai proses disana pada lebih kurang 1.00pagi kami terus bergerak ke hotel penginapan di Grand Mercure Fortune Hotel. Kesemua atlit dan pegawai telah diberi taklimat ringkas akan pergerakan pada keesokan harinya.

Laporan pada 1 Nov 2009

Kami berkumpul dan bergerak ke shooting range pada jam 7.30pagi. Latihan atlet bermula pada pukul 9.20pagi setelah selesai mengambil barang barang yang disimpan di stor semalam.

Kesemua atlet hanya dapat membuat latihan yang ringan disebabkan bekalan peluru yang dibawa tidak mencukupi. Oleh yang demikian, kami terpaksa membeli peluru di sini dengan kadar USD 60 (100rds) dan saya dimaklumkan oleh coach sabki kite memerlukan lebih kurang 1800rds untuk menampung penggunaan peluru semasa latihan dan pertandingan.

Atlet2 berada dalam keadaan penat kerana tidak mendapat rehat yang secukupnya pada hari pertama sesi latihan dijalankan. Selesai sahaja sesi latihan jurulatih Sabki, Tamara dan Anatoly memberi sedikit penerangan ringkas kepada atlet sebelum mereka membuat weapon check pada jam 11.30pg.

Kesemua atlet pulang ke hotel pada jam 2.00petang sementara saya dan coach Sabki membuat semakan pendaftaran atlet di Urusetia. Esok akan ada satu hari lagi sesi latihan dijalankan dan pada jam 5.00 petang kesemua atlet akan berkumpul untuk acara pembukaan.

Pendaftaran awal acara:

1) Air Rifle - Men (4orang) and women (7orang)
2) Air Pistol - Women (4 orang)
3) 3P - Men (5 orang), Women (4)
4) Prone - Men (4), Women (5)
5) Sport Pistol - women (3)

Sekian

Laporan di sediakan oleh Cik Nurehsan Pengurus Pelapis Negeri


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. All the best to athletes and officials? Have a good championship and a safe trip home

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.