Tuesday, November 24, 2009

UJIAN KECERGASAN ATLET PULAU PINANG






Salam sejahtera,

Ujian Kecergasan Kedua bagi Sukan Badminton telah di adakan pada berlainan tarikh dan tempat.

Kumpulan Pertama

Tarikh : 7hb & 8hb Oktober 2009
Tempat : Pusat Latihan Negeri, Dewan Badminton Bukit Dumbar,
Pulau Pinang.
Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang
Atlet yang hadir : Bawah 13 tahun seramai 17 orang (11 lelaki, 6 wanita)
13 tahun keatas seramai 10 orang (5 lelaki, 5 wanita)
Jurulatih : 4 orang. (En. Razlan, Cik Lim Yee Theng,
En. Tony Tan Gim Hin dan En. Choong Kah Tzu).
Pihak ISNPP : Cik Nor Azian, En. Sheikh Omar dan En. Cheah Boon Chong

Ujian Kecergasan di jalankan selama dua hari dan berjalan dengan lancar dibantu oleh 4 orang jurulatih Cawangan Pelapis dan 3 orang dari pihak ISNPP. Seramai 27 atlet menghadiri Ujian Kecergasan yang dijalankan pada hari tersebut.

PPN (Fatimah Jamil) tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab kerja yang perlu diselesaikan.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama untuk menjayakan Program tersebut diatas.

Hasil dari Ujian Kecergasan diatas, pihak ISNPP mendapati amatlah bagus.

Kelemahan atlet adalah kekuatan otot. Pihak ISNPP menasihatkan atlet agar dapat memperbaiki kelemahan yang di maklumkan.

Laporan yang lengkap telah diserahkan oleh pihak ISNPP kepada JPM En. Razlan untuk dimaklumkan kepada semua JSM Cawangan Pelapis tentang keputusan Ujian tersebut.


Kumpulan Kedua

Tarikh : 21hb November 2009
Tempat : Dewan Badminton Berapit, Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Masa : 10.00 pagi hingga 2.00 petang
Atlet : Bawah 14 tahun seramai 4 orang ( lelaki, wanita)
Atas 13 tahun seramai 13 orang ( lelaki, wanita)
Jurulatih : 2 orang. (En. Razlan, En. Choong Kah Tzu dan
bantu oleh PT Pn. Shuhaila).
Pihak ISNPP : Cik Nor Azian, Cik Lim Shin Nee dan En. Cheah Boon Chong

Ujian Kecergasan diadakan satu hari sahaja dan berjalan dengan lancar dengan dibantu oleh 2 orang jurulatih Cawangan Pelapis dan PT Puan Shuhaila dengan kerjasama pihak ISNPP seramai 3 orang.

Pada tarikh Ujian Kecergasan dijalankan PPN (Fatimah Jamil) berada di Kuala Lumpur untuk mengiringi Atlet Skuasy ke kejohanan Ong Beng Hee/Nicol David Trophy 2009.

Laporan yang lengkap dari pihak ISNPP akan menyusuli kemudian.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan program tersebut diatas.

Bersama-sama ini dilampirkan beberapa keping gambar yang telah diambil oleh JPM En. Razlan pada hari Ujian Kecergasan dijalankan.


Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--
FATIMAH BINTI JAMIL
Pegawai Pembangunan Negeri (SDO)
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.