Sunday, November 29, 2009

Kelayakan Youth Olympic Games di Pattaya Thailand.





assalamualaikum tuan-puan

selamat hari raya aidiladha bg semua seluruh warga dan kakitangan MSN
di malaysia

Sedikit perkembangan kelayakan YOG-sailing di pattaya thailand

angin-12-17 knts
Ombak 1-2 meter

Bagi atlit lelaki

keseluruhan shafiq mula menunjukan peningkatan dari masa kesemasa kerana hanya beliau sahaja yang nampak dapat menyaingi peserta tuan rumah dan singapore yang boleh dikata kuasa besar dalam kelas ini(BYTE C II). sentiasa berada di kelompok 10 terbaik semasa membuat pusingan di mark 1,2 dan 3. kurang pengalaman dan pendedahan mengendalikan bot ini menyebabkan beliau sentiasa dipotong semasa menuju kegarisan penamat (Downwind). Peserta lain kurang menyerlah

Perlukan banyak pendedahan sekiranya kita hendak memiliki pingat di YOG nanti kerana berbeza sekali dengan singapore dimana pasukannya akan menjelajah seluruh dunia bg mencapai matlamat memenangi pingat emas.Boleh dikatakan 2 pelayar mereka iaitu lelaki dan wanita telah menjuarai dunia bg kelas ini. Walaupun kita masih baru dalam kelas ini tetapi kita sudah mampu bersaing dan sekiranya diberi sedikit lagi pendedahan, saya yakin kita mampu membawa pingat.

Bagi peserta wanita:
Perlukan banyak pendedahan dalam situasi angin dan ombak begini termasuk juga lelaki. Faktor berat badan juga memaikan peranan. Dilihat kita kurang pendedahan menyebabkan sedikit tewas.

Untuk kelayakan negara dilihat peserta lelaki sudah boleh tersenyum kerana berada ditangga ke 2 dibelakang thailand. Pencabar dari negara China,japan,UAE dan India begitu jauh dibelakang. Berbaki lagi 2 perlumbaan untuk esok. Penganjur dikatakan akan membuat 15 perlumbaan kesemuanya.dan hari ini telah dijalankan 3 perlumbaan.

Bagi peserta wanita sekarang berada di tempat ke 3 di belakang China dan Thailand. Peserta kita mampu berada di tempat sekiranya 2 lagi perlumbaan esok perlu mengatasi pelayar dari thailand.Perbezaan hanya 4 mata.Dilihat khairunneeta dan afiqah sahaja yang dapat menyaingi peserta dari thailand.Afiqah dilihat mengalami kesakitan lama beliau kerana mula mengadu sakit lutut menyebabkan beliau dilihat tidak dapat belayar dengan baik. Saya yakin kita mampu layak keYOG.

Keputusan perlumbaan 11,12,13

shafiq -9-15-14
koh -15-23-36
aiman -42-34-37
neeta -44-39-31
fiqah -29-43-44
intan -46-47-47

Esok akan dilangsung lagi 2 perlumbaan pada 12 tghari sebelum acara penutup pada jam 1800h(waktu thai)iaitu pukul 7 ptg waktu m'sia.Keputusan dijangka akan diketahui selewat jam 2-3 ptg. Itu sahaja sedikit laporan terkini dari coach Balok di kelayakan Youth Olympic Games di Pattaya Thailand.

Salam
SAWADIKAP.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.