Thursday, November 5, 2009

COACHING CLINIC DURING ”45th QUBICA AMF WORLD CUP 2009”

Melaka will organize ”45th QUBICA AMF WORLD CUP 2009” this month. Based on the response received, it will be the biggest tournament where bowlers from all over the world will come and participate. In conjunction of the tournament a coaching clinic will be organize for the young bowler from state. All young bowler under Pelapis Program are encourage to attend the coaching clinic and we will give some support but all application must through our USPTN office. Please do contact our KUN and SDO to get more information on the arrangement.

Letter from the organizer to all USPTN


Salam,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Melaka akan menjadi tuan rumah bagi
Kejohanan ”45th QUBICA AMF WORLD CUP 2009” yang akan berlansung pada
13-20 Nov 2009. Di kesempatan program ini, satu Junior Klinik Tenpin
Boling akan diadakan khas untuk atlet-atlet pembangunan negeri yang
akan dikendalaikan oleh Bowlers/Coach antarabangsa.

Klinik tersebut adalah percuma dan akan diadakan seperti berikut:-

TARIKH : 19 NOVEMBER 2009 (KHAMIS)
MASA : 10.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : MELAKA INTERNATIONAL BOWLING
CENTER (MIBC), AYER KEROH, MELAKA

Sehubungan itu, Majlis Sukan Negeri Melaka ingin menjemput atlet-atlet
pembangunan USPTN Negeri-negeri di seluruh semenanjung Malaysia untuk
turut serta dalam klinik ini. Setiap negeri ditawarkan untuk
menghantar seramai tiga (3) orang atlet terbaik daripada program
Pelapis negeri. Tarikh akhir serahan nama adalah pada 12.11.2009
(Khamis). Segala kos pengangkutan/penginapan/makanan adalah bawah
tanggunggan pihak masing-masing. (dilampirkan dengan borang).

Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat mengambil peluang ini ke
arah bersama-sama menyemarakkan program ini disamping menggalakkan
pembangunan sukan boling di negeri dan negara amnya . Sokongan dan
perhatian daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

NUR HIDAYAH BT SAID IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri
b/p Pengarah
Majlis Sukan Negeri Melaka

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.