Wednesday, November 11, 2009

ASIAN JUNIOR HOCKEY CHAMPIONSHIP - DAILY UPDATE




Salam dari Yangon Myanmar

Pasukan malayasia telah selamat sampai di yangon Myanmar pada 9hb November 2009 dan penempatan di Traders Hotel sangat memuaskan. Semasa di lapangan Terbang Yangon pasukan Malaysia telah disambut oleh En Shan dari Kedutaan Malaysia di Myanmar dan proses di lapanagan terbang lebih mudah dan cepat.

Laporan hari pertama (9 November 2009)

Latihan suian dan perlawanan persahabatan dengan pasukan Myanmar. perlawanan hanya dapat dimainkan selama 30 minit kerana pada jam 5.30 petang sudah gelap memandangkan waktu Maghrib di sini ialah pada pukul 5.45 ptg...

Laporan hari kedua (10 November 2009)

Mengadakan latihan disebelah pagi dan perlawanan persahabatan dengan Myanmar untuk peyesuaian padang. Pada sebelah petang Dato' Madzlan Duta Besar Malaysia di Myanmar telah menjemput pegawai pasukan ke Kedutaan Malaysia untuk sesi minum petang dan berkenalan dengan Duta Malaysia. Taklimat berkenaan dengan pasukan telah diberikan dan Dato' Madzlan dalam ucapan balas beliau akan memberikan sepenuh kerjasama kepada pasukan Malaysia sepanjang berada di Myanmar ini. Beliau juga akan datang menyaksikan perlawanan pembukaan pasukan Malaysia menentang Sri Lanka pada petang ini pukul 2 waktu di Myanmar dan pukul 3.45 wakyu Malaysia. Beliau juga telah mengarahkan En Shan untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia yang ada di Myanmar untuk sama-sama menyokong pasukan Malaysia setiap kali turun ke bermain

Laporan hari ketiga (11Noember 2009)

Latihan ringan diadakan di sekitar kawasan hotel dan psukan kita ketika ini dalam persiapan untuk ke stadium hoki menentang pasukan Sri Lanka pada petang ini.

sekian saya Izuwan melaporan dari Yangon Myanmar untuk Cawangan Pelapis.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.