Thursday, November 26, 2009

KEM BAKAT SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS SIRI 3/2009





LAPORAN RINGKAS KEM BAKAT SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS SIRI 3/2009

TEMPAT : PUSAT AKUATIK NEGERI, PAROI, SEREMBAN.
PESERTA : 47 ORANG (ATLET & JURULATIH)

Kem kali ini merupakan kesinambungan kepada kem yang lepas di mana atlet – atlet yang berumur 7 tahun akan menjalani latihan di bawah pengawasan jurulatih-jurulatih penuh masa tempatan dari seluruh negeri disamping memberi peluang kepada mereka untuk menjalani latihan di tempat latihan yang lengkap dengan peralatan dan fasilitinya. Kem ini juga merupakan ruang bagi mendekatkan lagi sukan terjun ini kepada atlet-atlet baru ini.
Peserta telah mendaftar di penginapan yang telah disediakan di Spanish Villa Home & Resort sekitar jam 10 pagi sehingga 1 petang. Kesemua atlet dan jurulatih telah diberi taklimat berkisarkan sedikit sebanyak mengenai objektif kem dan juga perjalanan program sepanjang ianya berlangsung.

Jurulatih Penuh Masa Negeri Johor, Cik Agnes Wong telah ditugaskan untuk menjadi ketua jurulatih dan di bantu oleh JPM-JPM yang lain. JLN Negeri Sembilan, Zeng Zi Long turut sama di dalam kem kali ini. Setiap atlet akan diberi latihan asas seperti "take off/straight A", "straight jump", "pike", "split", "double jack", "toint tose", latihan di trampoline dan latihan - latihan asas yang lain.

Kesemua atlet menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi semasa menjalani latihan walaupun pada masa yang sama mereka agak keletihan dengan latihan yang diberikan. Setiap jurulatih menggunakan pengalaman masing-masing bagi mengelakkan atlet berasa bosan dan hilang minat untuk berlatih.
Satu mini pertandingan telah diadakan pada hari terakhir kem dimana pertandingan ini melibatkan aspek-aspek asas seperti "take off/ straight A", "pike", "split", "double jack" dan juga "toint tose". Kesemua aspek ini adalah asas bagi sukan terjun ini. Sekiranya atlet ingin lebih maju dalam sukan ini mereka haruslah "perfect" di dalam kesemua aspek ini.

Laporan disediakan oleh Megat

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.