Wednesday, November 4, 2009

33rd SEASA CHAMPIONSHIP-UPDATE




Salam,

Seperti harapan semalam, kilauan emas mula menyinari pasukan Malaysia. Emas pertama diperolehi menerusi acara 25M Pistol (Women) oleh Bibiana, Jocelyn dan Siti Nur Masitah. Menambahkan lagi keceriaan pada hari ini apabila pasukan Sea Jr Malaysia berjaya merangkul emas kedua melalui acara berpasukan 25m M Pistol. Seterusnya, Bibiana dari pasukan senior Malaysia menambahkan kegembiraan dengan memperolehi pingat gangsa dalam acara 25M Pistol (Sea Senior). Wahidah Ismail menambah koleksi pingat emas Malaysia menerusi acara yang sama tetapi dalam kategori Sea Junior selain pingat emas acara berpasukan dalam acara yang sama. Bagi acara wanita 50M Rifle Prone, turut beraksi cemerlang adalah Nur Farah Afiqah apabila berjaya merangkul pingat perak bagi kategori Sea Junior. Upacara penyampaian hadiah diadakan lewat petang dengan kesemua atlet Malaysia yang berada disitu menyanyikan lagu Negaraku apabila bendera Malaysia dinaikkan. Semoga aksi aksi cemerlang atlet - atlet ini akan menaikkan semangat yang lain untuk terus berjuang pada keesokan hari.

Sekian, dr sy yg jauh di bumi siam...


RESULT FIRST DAY HERE
RESULT 2ND DAY HERE

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.