Friday, November 20, 2009

Atlet baru Pelapis Sukan Menembak Terengganu

Seramai 25 orang atlet baru Sukan Menembak melapor diri di PLN Lapang Sasar Gong Kuin, Gong Badak, Kuala Terengganu pagi tadi (20/11/2009). Mereka diwajibkan menghadiri program pengenalan bermula hari selama dua hari dan berakhir petang esok (21/11/2009), dikendalikan oleh JPM Encik Zamil Haji Murad.

Untuk program pengenalan ini mereka terlebih dahulu diberi taklimat mengenai sukan menembak. Walaupun sebahagian kawasan lapang sasar tersebut telah ditenggelami air akibat hujan lebat namum program tersebut tetap diteruskan. Semasa saya beredar dari pusat latihan ini, saya terpaksa meredah air sejauh 300 meter termasuk ibu-bapa yang menghantar anak-anak mereka mengikuti program yang diadakan pada pagi ini.


Laporan daripada A Zulkefli Mohammad













4 comments:

  1. saya dah terlepas untuk pemilihan atlet baru pelapis sukan menembak terengganu sedangkan saya ingin sangat menceburi bidang ini..
    adakah saya masih berpeluang?

    ReplyDelete
  2. saya minat dalam sukan menembak seawal umur 13 tahun..namun tak pernah mempunyai peluang menyertai nya..sekadar mengikuti latihan menembak yang diadakan oleh badan uniform..adakah saya masih berpeluang seratai sukan ini kerana umur saya sudah menjangkau 21 tahun..

    ReplyDelete
  3. saya mempunyai minat yang terpendam sejak kecil....saya mahu ceburi sukan menembak tetap belum berpeluang untuk menyertainya.

    ReplyDelete
  4. Masih berpeluang dengan syarat mempunyai minat yang mendalam. Sila berhubung dengan pegawai kami di negeri untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sila click link di mana2 usptn negeri yang saudara saudari tinggal.di situ ada email add dan no telefon untuk dihubungi.

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.