Saturday, November 7, 2009

KEM "MENTAL TOUGHNESS" SABAH










USPTN Sabah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sabah, Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Lembaga Sukan Sukan Negeri Sabah telah menganjurkan Kem Mental Toughness pada 16-19 Oktober 2009 yang lalu bertempat di Pusat Satelit ISN, Kota Kinabalu.

Kem ini khusus kepada atlet-atlet yang menyertai Karnival Pelapis Negeri 2/09 yang telah diadakan di Melaka. Antaranya :-

1. Artistik - 5 orang
2. Gimrama - 6 orang
3. Olahraga - 5 orang
4. Silat - 5 orang
5. Tinju - 6 orang
6. Memanah - 6 orang
7. Jurulatih - 6 orang
8. SDO & PT - 6 orang
9. ISN - 2 orang

Semua aktiviti sepanjang Kem telah dijalankan oleh SDO, PT , jurulatih dan dibantu oleh 2 orang Pegawai Pusat Satelit ISN.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kem adalah seperti team building, visualization, relaxation, latihan mengikut sukan dan lain-lain lagi.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah ( Encik Abdul Rahman Laman) dengan diakhiri dengan sesi penyerahan bendera dan sesi bergambar bersama semua atlet, jurulatih dan pegawai USPTN.

Disertakan bersama beberapa gambar sepanjang kem dijalankan.

2 comments:

  1. r u sure dis camp u can call it mental toughness camp??for me it juz a team building and motivation camp.plz be sure next time d suitable name for d camp, do some research. rather than juz put it like dat bcoz of d nice name. wrong information can occur misunderstanding about mental toughness in sport psychology

    ReplyDelete
  2. cant comment more since the organizer name it mental toughness camp. and the event itself organize by ISN Satellite psychology unit

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.