Thursday, November 5, 2009

33rd SEASA CHAMPIONSHIP BANGKOK - UPDATE




Pungutan pingat pada hari ini:

Sea Senior: 4 gangsa
Sea Junior: 2 emas, 1perak, 1 gangsa

Lagu negaraku terus berkumandang pada hari ke-3 kejohanan berlangsung apabila pasukan Sea Junior Malaysia berjaya menyumbangkan 2 pingat emas melalui acara Rifle 3P Wanita oleh Nur Ayuni Abd Halim dengan pungutan mata 669.9. Pungutan mata ini telah mengatasi mata yang diperolehi oleh Nur Suryani Mohd Taibi dari Sea Senior Malaysia yang hanya memperoleh mata 667.3 secara keseluruhannya. Emas kedua diperoleh dalam acara berpasukan 3P Rifle wanita. Kejayaan yang dicapai oleh Ayuni bertambah manis apabila adik beliau iaitu Mohd Norahimin Abd Halim memperoleh pingat gangsa dalam acara 10M Air Rifle (kategori Sea Junior) dengan pungutan mata 676.6 mengatasi pungutan mata atlet elit Mohd Hadafi Jaafar yang sekadar mengutip mata 568.00. Esok pasukan Malaysi akan meneruskan persaingan dalam acara 10M Air Pistol (Wanita) dan diharapkan pungutan emas akan bertambah.

Today result here

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.