Friday, November 20, 2009

Laporan pengurus pasukan squash Penang

Fatimah always impress us with her quick and detail reports. She always the first person to email us reports on her monthly visitation to the training center or reports on competition result involved Penang athletes under her care. Keep up the good works timah. We need more fatimah among our sdo's in the state.

Snippets from her reports cc to us.

Salam, 

Laporan ringkas sebagai pegawai pengiring ke kejohanan tersebut diatas: 

Tarikh  :  17hb Nov. 2009 (Selasa)Masa   :    7.30pagi 

Bertolak dari Pulau Pinang dengan Bas Express (Plusnier) bersama Jurulatih Jesmond Low, 4 atlet lelaki (Ryan Pasqual, Muhd Ezzri, Julian Loshua Wong dan Muhammad Yasir) 4 atlet wanita (Sara Chew, Nur Aliah Izzati, Chan Jie Ru dan Chloe Law) dan terus ke Pusat Skuasy Kebangsaan di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Atlet wanita Nur Aliah Izzati, Chan Jie Ru dan Chloe Law merupa atlet yang baru diserapkan ke dalam Cawangan Pelapis dalam bulan Oktober 2009. 

Masa   :    3.00 petang
- Menghadiri mesyuarat Pengurus Pasukan bersama Jurulatih Jesmond.  Pertandingan bermula pukul 3.30 petang dan tamat 6.00 petang. Setiap negeri ditetapkan menghantar 4 Atlet Lelaki, 4 Atlet Wanita, 2 Jurulatih dan 1 Pengurus Pasukan. Terdapat dua kategori dipertandingkan dan atlet terdiri daripada bawah umur 12 tahun. 
Boys Elite =   32 orang (Atlet Pulau Pinang Ryan Pasqual)
Girls Elite  =  32  orang (Atlet Pulau Pinang Sara Chew, Chan Jie Ru, Nur Aliah dan Chloe Law)   
Boys Development = 25 orang (Atlet Pulau Pinang Mohd Ezrri, Julian Josua Wong dan Muhd Yasir) 
Girls Development  = 14 orang 

Masa   :    7.30 malam
- Check-in di Hotel Pearl Internatinaol, Jalan Klang Lama.                

Masa : 8.30 malam
- Mesyuarat jurulatih bersama dengan atlet  diadakan setiap malam bertujuan untuk memaklumkan program keesokan hari dan juga komen permainan setip atlet.     

Tarikh  :   18 - 19  Nov. 2009
 
Masa   :    8.00 pagi 
-  Berangkat ke tempat pertandingan dengan pengangkutan yang disediakan oleh pihak SRAM.                

Masa. : 7.00 malam
- Berangkat balik ke hotel. Keputusan dan beberapa keping gambar sedang beraksi dilampirkan. 

Mulai 20 - 22 November 2009 acara berpasukan akan dipertandingkan dan sebanyak 10 pasukan atlet lelaki dan wanita.  

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

FATIMAH BINTI JAMIL
Pegawai Pembangunan Negeri (SDO)
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.