Tuesday, April 30, 2013

KEM BAKAT SUKAN MEMANAH 2013

29 April 2013

( Isnin )

Pada pagi hari kelima kem bakat, atlet berhimpunan seperti biasa dan menyanyikan lagu Negara Ku. Selepas itu, atlet semua dikendalikan berjogging sebanyak 5 pusingan keliling lapang sasar memanah. Sesi kemudian adalah "shooting skill" mengikut jarak iaitu 70m dan 60m. Disini ketua jurulatih telah mengasingkan pemanah-pemanah yang mempunyai kekuatan untuk 'shoot' jarak 70m dan 60m. Pemanah-pemanah yang tidak mempunyai kekuatan untuk 'shoot' jarak tersebut akan 'shoot' jarak 30m dan 50m.

Pada sesi sebelah petang, pemanah-pemanah hanya dapat buat 'shooting skill' selama setengah jam sahaja sebab hujan turun dengan lebatnya. Aktiviti terus dipindahkan ke dalam bilik kuliah untuk aktiviti sesi "self confident" dikendalikan oleh jurulatih En. Halim Ismail (JSM), En. Zainuddin (JPM) dan En. Amran Hamidi (JPM). Pemanah-pemanah dikehendaki untuk memperkenalkan diri dan membuat persembahan.

Aktiviti bersambung pada sebelah malam dengan ceramah motivasi oleh En. Suhardi Alias, Pengarah Cawangan Organisasi MSN bertajuk "Future Champion".

Laporan dari Kompleks Sukan MSN Keramat




No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.