Saturday, April 6, 2013

LAPORAN HARIAN 2013 WORLD YOUTH WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS (YOG QUALIFICATION)

Tarikh   : 5 April 2013
Tempat : Taskent, Uzbekistan

Pasukan Angkat Berat Remaja Malaysia yang di wakili seramai 9 atlet, 2 jurulatih dan 1 pengurus telah selamat tiba di Taskent, Uzbekistan pada jam 11:00 pagi (waktu tempatan) dan 2:00 petang (waktu Malaysia). Pergerakan pasukan Malaysia bermula pada 4 April 2013 dari KLIA ke Almaty, Kazakstan dan bermalam di sana sehingga menunggu penerbangan seterusnya iaitu pada 5 April 2013 dari Almaty Kazakstan ke Tashkent, Uzbekistan. Setibanya disini, pasukan Malaysia di sambut oleh pihak penganjur dan ditempatkan di Hotel Le Grand Plaza. Jarak perjalanan antara hotel ke tempat pertandingan dianggarkan 1 kilometer dan suhu di Tashkent adalah antara 10-18 darjah celcius.

Ringkasan kejohanan

Pada kejohanan kali ini, seramai 54 negara telah mengesahkan kehadiran pada hari ini dan dijangka jumlah penyertaan akan meningkat pada esok hari sehingga 70 negara. Secara purata, setiap negara menghantar 15 atlet termasuk lelaki dan wanita. Pada 6 April 2013, akan diadakan mesyuarat pengurus pasukan seterusnya pengesahan kehadiran negara. Sesi latihan bagi setiap negara juga akan bermula esok mengikut jadual yang telah ditetapkan dan seterusnya pertandingan akan bermula pada 8 April 2013. Kejohanan kali ini juga melibatkan kelayakan yang pertama bagi Youth Olympic Games 2014, yang mana kuota dikira melalui pasukan/negara yang mengumpul mata  paling banyak. Jumlah kutipan mata adalah mengikut setiap indivdu dan dijumlahkan keseluruhan atlet bagi setiap negara. 

Kedudukan pasukan/negara yang layak mendapat kuota YOG 2014

Lelaki

Tempat 1-9    (2 kuota)
Tempat 10-16 (1 kuota)

Wanita

Tempat 1-7   (2 kuota)
Tempat 8-15 (1 kuota)

Penglibatan Pasukan Malaysia

Pasukan Malaysia terdiri daripada 6 atlet lelaki dan 3 atlet wanita dan 2 jurulatih

Senarai atlet

Atlet Lelaki

1. Rony Jesos            - Kat 56 kg
2. Darul Najmi Dollah  - Kat 56 kg
3. Callixtus Daunis      - Kat 62 kg
4. Mohd Arief Azwan   - Kat 69 kg
5. Mohd Afifi Haikal     - Kat 77 kg
6. Akmal Bahari          - Kat 85 kg

Atlet Wanita

1. Nur Fariesha Iwana   - Kat 53 kg
2. Rosamira Ab Lah      - Kat 63 kg
3. Jabriella Toe Samuel - Kat +69 kg

Jurulatih

1. Nordin Jusoh
2. Wang Zhi Quan

Untuk hari ini, semua atlet mendapatkan rehat yang secukupnya dan akan memulakan sesi latihan pada 6 April 2013. Keadaan kesihatan atlet juga berada dalam keadaan baik dan semoga pasukan Malaysia berjaya memperoleh kuota ke Youth Olympic Games 2014 (YOG) pada kejohanan ini.

Sekian


Syamsul Afzan , Tashkent.




No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.