Monday, April 8, 2013

LAPORAN HARIAN 2013 WORLD YOUTH WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS (YOG QUALIFICATION)


Tarikh     : 06 April 2013

Tempat : Tashkent, Uzbekistan

3:00 petang -4:30 petang

Pada hari ini, atlet Angkat Berat Malaysia telah mula menjalani latihan . Sesi latihan bermula mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu bermula pada jam 3:00 petang  dan berakhir pada jam 4:30 petang waktu tempatan. Latihan pada hari ini hanya melibatkan 80 peratus daripada angkatan maksimum atlet. Jurulatih menggunakan peluang yang ada untuk memberi latihan yang secukupnya kerana sesi latihan adalah terhad dan melibatkan satu sesi sahaja.

7:00 malam – 8:00 malam

Mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan yang mana pengesahan negara yang bertanding adalah 54 buah negara. Antara agenda yang dibincangkan adalah berkenaan peraturan pertandingan dan pengesahan atlet yang bertanding. Selain itu, terdapat perubahan pada senarai atlet serta jadual pertandingan dan akan diserahkan semula esok oleh pihak penganjur. Ini berikutan ramai penyertaan dan  kategori perlu ditambah  daripada kategori A hingga kategori D. Secara rasminya, kejohanan akan bermula pada 8 April 2013.

Sehingga hari ini, atlet Malaysia berada dalam keadaan baik. Bagi keperluan makan di sini tiada masalah yang mana pihak hotel menyediakan makan yang halal dan memberi  tenaga. Peringatan juga telah diberikan kepada atlet agar mendapatkan rehat yang cukup dan tidak kerap keluar daripada hotel. Ini berikutan  cuaca disini yang terlalu sejuk dan dikhuatiri mengganggu kesihatan atlet.


Sekian

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.