Saturday, April 27, 2013

KEM BAKAT SUKAN MEMANAH 2013

26 April 2013

Jumaat

Hari kedua kem bakat seperti biasa pada sebelah pagi telah dilaksanakan Ujian Kecergasan yang wajib dijalani oleh semua atlet sebelum bermulanya latihan intensif yang akan dijalankan selama 4 hari. Ujian Kecergasan ini telah dikendalikan oleh pihak Unit Fisiologi Senam,  ISN yang diketuai oleh Puan Apple Chee dan Cik Zira serta pasukan 'tester'nya.

Pada belah petang, sesi pemeriksaan dan 'bow tuning' telah dilaksanakan ke atas semua bow atlet oleh En. Marbawi Sulaiman dan dibantu oleh En. Othman Wahab serta jurulatih - jurulatih PLN. Setelah selesai 'tuning' semua bow, hujan turun dengan lebatnya menyebabkan sesi 'free shooting' terpaksa di laksanakan di dalam dewan dikendalikan oleh En. Othman Wahab jurulatih Pelapis Kebangsaan.

Satu sesi motivasi telah diadakan pada jam 8 malam dan dikendalikan oleh En. Ibrahim Mohamad mantan pengurus memanah pelapis negeri.

Laporan dari Kompleks Sukan MSN Keramat


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.