Saturday, April 27, 2013

KEM BAKAT SUKAN MEMANAH 1/2013

25 April 2013

Khamis

Hari ini bermula Kem Bakat Sukan Memanah 2013 yang di adakan di Kompleks Sukan MSN Keramat dengan kehadiran seramai 40 atlet (24 lelaki 16 wanita), 8 jurulatih PLN dibantu oleh 3 jurulatih Pelapis Kebangsaan serta 4 orang SDO dan 4 urusetia dari cawangan pelapis.

Objektif kem bakat ini adalah untuk memberi pendedahan latihan yang lebih bersistematik dan juga platform bagi pemilihan atlet ke Program Khas YOG 2014.

Aktiviti hari ini bermula dengan taklimat kem dan penerangan program oleh En. Marbawi Sulaiman selaku Ketua Jurulatih Kem Bakat ini.

Pada sesi malam, satu aktiviti 'Ice Breaking' untuk merapatkan atlet-atlet yang datang dari seluruh negara.


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.