Friday, January 18, 2013

AYOF 2013 - Hari Kelima


Setelah kilauan pingat emas,perak dan gangsa telah diperoleh oleh atlet-atlet remaja negara pada hari ke empat ( semalam ), atlet negara meneruskan kecerlangan tersebut dengan memperoleh 3 lagi pingat gangsa melalui sukan gimrama, akuatik terjun dan berbasikal.

Chong Lok Yi, Iman Iskandar Chan, Shak Yuki dan Shasangari Sivaneswary adalah gimnas-gimnas cilik negara yang telah membawa pulang pingat gangsa pertama bagi sukan gimrama dalam acara berpasukan. Kecemerlangan tersebut disambut pula di Aquatic Centre apabila Chew Yiwey berjaya menempatkan diri di tempat ketiga di belakang kuasa besar sukan terjun iaitu China. Yiwey telah berjaya memungut 543.40 mata dan seorang lagi atlet terjun negara, Mohd Danial Sabri hanya berada dikedudukan ke 6.











Mohd Firdaus Mohd Zonis telah berjaya melakar sejarahnya tersendiri apabila beliau menyumbangkan pingat gangsa ke tiga negara pada hari ini. Namun, kejayaan beliau masih belum mampu membakar semangat rakan-rakannya di Dunc Gray Veledrome.

Keputusan pada hari ke lima festival ini adalah seperti berikut :


Akuatik Terjun

3m Lelaki Akhir :

1- Cheng Rongquan ( CHINA ) 609.05,
2- Huan Xia ( CHINA ) 586.95.  
3- Chew Yiwei (MAS ) 543.40.
7- Mohd Danial ( MAS ) 466.35.

10m Platform Wanita Akhir

1- Xiaohulia Huang CHINA , 
2- Jiaming Zhu CHINA ( 559.55 ), 
3- Georgia Ward GBR ( 488.60 ), 
6- Loh Zhiayi MAS ( 453.25 ),
8- Kam Ling Kar MAS ( 428.05 )

Gimrama Berpasukan

1. AUS
2. CHINA
3. MAS

Berbasikal Keirin Lelaki Akhir

1. Jeremy Presbury NZL
2. Callum Saunders NZL
3. Mohd Firdaus Mohd Zonis MAS


10m Air Rifle Wanita Akhir

1. Hu Jiali (CHN) 493.9
2. Lorry Maggy (SIN) 490.2
3. Suemoto Kana (JPN) 486.7
6. Aida Natasya Md Rasip (MAS) 481.1
9. Aina Zahiran (MAS) -379

10m Air Rifle Lelaki

1. Yang Hoaran (CHN) 688.4
2. Bamsey Michael (GBR)  687.9
3. Gouw Edwin (AUS) 687.4
6. Mohd Nurrahimin Bin Abd Halim (MAS) 680.8
9. Mohamad Lutfi Bin Othman (MAS) – 576

JUMLAH PUNGUTAN PINGAT TERKINI : 1 EMAS , 1 PERAK DAN 6 GANGSA

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.