Tuesday, January 15, 2013

AYOF 2013 - Hari Kedua

Hari ini adalah merupakan sesi latihan rasmi bagi semua sukan kecuali bagi sukan menembak yang jadualnya telah dipinda ke esok hari serta sukan berbasikal yang baru tiba dari Melbourne pada jam 11 pagi tadi waktu tempatan.Pasukan berbasikal ini terdiri daripada seramai 12 atlet (5 wanita dan 7 lelaki) serta 2 jurulatih dan seorang mekanik  telah tiba di Lapangan Terbang Domestik Sydney dan bertolak terus ke Dunc Rray Valederom bagi tujuan pendaftaran serta beberapa urusan pentadbiran.

Pada hari ini juga, mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan badminton dan hoki telah diadakan dimana kedua-dua sukan ini akan memulakan cabaran seawal jam 9.00 pagi. Sehingga hari ini, semua atlet berada dalam keadaan yang baik kecuali bagi sukan bebasikal dimana seorang atlet telah mengadu demam pihak urusetia melalui pegawai perubatan telah memberikan ubat yang berkaitan. Pihak urus setia juga telah membuat lawatan ke sesi latihan yang telah didakan hari ini.

Semoga atlet hoki dan badminton dapat mempersembahkan sesuatu yang terbaik esok sebagai permulaan kepada cabaran negara.



Sekian












No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.