Thursday, January 22, 2015

BENGKEL PENYELARASAN JURULATIH SUKAN TENIS PELAPIS NEGERI 2015

Salam 1 Malaysia

Bengkel Penyelarasan Jurulatih Sukan Tenis Pelapis Negeri telah memasuki hari kedua di mana bengkel dimulakan seawal jam 8.30 pagi. Bengkel pada hari kedua ini telah dijalankan di kawasan gelanggang latihan yang dikendalikan oleh Mr Taisto iaitu Ketua Jurulatih Pelapis Negeri dan dibantu oleh jurulatih-jurulatih pelapis kebangsaan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah teknik-teknik latihan dan ujian kecergasan yang perlu dilakukan oleh jurulatih untuk memberi latihan kepada atlet di negeri masing-masing.

Pada sebelah petang aktiviti telah bersambung dengan sesi soal jawab di antara jurulatih-jurulatih pelapis negeri dan jurulatih pelapis kebangsaan. Banyak isu-isu yang telah diketengahkan oleh jurulatih pelapis negeri diantaranya ialah kaedah pemilihan atlet ke program yang lebih tinggi dan masalah kewangan yang dihadapi oleh sesetengah negeri bagi melahirkan atlet yang berkualiti.

Setelah selesai sesi soal jawab, program latihan telah bersambung sekitar jam 4.30 petang yang dikendalikan oleh Mr Taisto. Dalam sesi ini Mr Taisto cuba mengenal pasti masalah atau kekurangan yang terdapat pada seseorang jurulatih terutamanya cara seseorang jurulatih mengendalikan latihan. Segala teguran dan tunjuk ajar diterima dengan baik dan ini merupakan satu langkah positif bagi tahun 2015 demi melahirkan atlet yang bertaraf dunia pada satu hari nanti. Aktiviti tamat pada jam 6.30 petang dan akan bersambung pada keesokan hari.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.