Wednesday, January 7, 2015

PROGRAM PASCA BANJIR MAJLIS SUKAN NEGARA

Tarikh : 5 Januari 2015
Tempat : Kota Bharu, Kelantan

Banjir bah yang melanda 4 negeri di Semenanjung merupakan yang paling teruk pernah dialami oleh mangsa mangsa banjir.  Paling teruk terjejas adalah di negeri Kelantan dengan mencatatkan lebih 10 kes kematian dan kehilangan ahli rumah serta kemusnahan harta benda akibat banjir yang disifatkan oleh penduduk sebagai tsunami kecil.

Mengambil iktibar dan rasa terpanggil untuk menabur bakti pada masyarakat, Majlis Sukan Negara telah mengambil inisiatif melancarkan Program Atlet Prihatin dan salah satu langkah dalam program ini merupakan Program  Pasca Banjir yang digerakkan oleh Cawangan Pelapis.

Melalui program ini, pihak Cawangan telah mengumpulkan sebilangan pegawai, jurulatih dan atlet bagi bersama sama membantu membersihkan kawasan kemudahan pusat latihan sukan dan telah memilih pusat latihan negeri di  Kota Bharu dan Kemaman sebagai target spot kawasan pembersihan.

Di Kota Bharu, kemudahan sukan yang dibersihkan adalah di Wakaf Mek Zainab untuk sukan Gimnastik dan SMK Tiang Chandi untuk sukan Memanah. Aktiviti sukarelawan ini disertai oleh 30 pegawai, 16 atlet Memanah Pelapis Kebangsaan dan 20 orang atlet Angkat Berat Pelapis Serantau dan negeri selain 20 orang sukarelawan yang lain.

Pada sebelah petang pula setelah selesai urusan pembersihan, kesemua pegawai dan atlet telah pergi melawat dan mengagihkan sumbangan di sekitar kawasan pedalaman Pasir Gajah Kuala Krai.

Semoga dengan program sebegini dapat  membantu dari segi sokongan moral meringankan sedikit sebanyak beban mangsa mangsa banjir dan ini merupakan program kemanusiaan dan sumbangan atlet kepada masyarakat

Sekian, terima kasih

LAPORAN OLEH,
NUR EHSAN HASAN
KETUA UNIT KHIDMAT SOKONGAN

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.