Wednesday, January 7, 2015

TASMANIAN CHRISTMAS CYCLING : HARI KELIMA

Hari kelima kejohanan diteruskan dan berlangsung di Davenport Arena. Venue terletak kira kira 17km dari penginapan. Seperti biasa, pasukan bergerak awal pada jam 1130am ke venue bagi mendapat tempat 'warm up' dan tempat berehat.

Walaubagaimanapun, cuaca yang pada awalnya baik dan redup serta pelumba pelumba juga dapat menaiki trek utk melakukan warm up bertukar hujan 30 minit sebelum acara pertama berlangsung.

Pihak penganjur terpaksa mengambil keputusan menangguhkan perlumbaan pada jam 4.00pm kerana hujan masih tidak berhenti. Semua acara yang ditangguhkan akan dibawa ke hari esok.

Perlumbaan hari esok akan bermula awal pada jam 1.00pm dan dijangkan habis pada malam hari.

Laporan oleh
AHMAD NORZAHIN MOHAMED ZAIN
Pengurus Sukan Pelapis Serantau

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.