Wednesday, January 7, 2015

TASMANIAN CHRISTMAS CARNIVAL 2014 : HARI KETUJUH

Hari ketujuh pasukan berbasikal pelapis telah berada di Tasmania dalam keadaan yang baik. Hari ini hanya aktiviti bebas dilakukan oleh pasukan. Pada sebelah pagi ,pasukan bergerak ke Burnie dan Penguin untuk memberi peluang kepada pelumba membeli cenderahati dan bersiar siar di sekitar kawasan.

Sebelah petang, pasukan telah dijemput oleh Bike Ride Tasmania ke majlis sambutan tahun baru 2015. Aktiviti bebas seperti kriket dan barbeque selain bertukar idea berkenaan sukan berbasikal.

Esok adalah hari terakhir kejohanan yang akan diadakan di Burnie. Perlumbaan akan bermula pada jam 1.00pm dan pasukan akan bergerak ke venue pada jam 930pg. Semoga pelumba meraih keputusan yang baik.

Sekian

Laporan oleh
AHAMAD NORZAHIN BIN MOHAMED ZAIN

Pengurus Sukan Pelapis Serantau

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.