Wednesday, January 21, 2015

BENGKEL PENYELARASAN JURULATIH SUKAN TENIS 2015

20 Disember 2015, Kuala Lumpur - Satu Bengkel Penyelarasan Jurulatih Sukan Tenis Program Pelapis Negeri diadakan pada 20 - 22 Januari 2015 bertempat di Kompleks Tenis Tun Razak, Jalan Duta, K. Lumpur. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyelaraskan program sukan tenis di peringkat pelapis negeri dimana kursus ini diketuai oleh jurulatih akademi pelapis kebangsaan serta ketua jurulatih pelapis negeri. Seramai 20 orang jurulatih yang hadir iaitu dari negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Sarawak dan Sabah. 

Pengisian bengkel ini adalah pembentangan program latihan (teori dan praktikal) daripada jurulatih akademi pelapis kebangsaan dan ketua jurulatih pelapis negeri. Bengkel ini juga diterapkan dengan elemen sains sukan oleh jurulatih akademi pelapis kebangsaan.

LAPORAN OLEH,
NAZLIN SHIMA
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.