Tuesday, August 16, 2011

UCI WORLD JUNIOR CHAMPIONSHIPS 2011 MOSCOW RUSSIA






15 August 2011


Hari ini pasukan remaja MALAYSIA menjalani latihan bermula pada jam 10.30 an hingga 12.00 pm di velodrome. Warming -up bersama pasukan France dan Japan serta latihan flying dan standing start untuk kedua-dua pelumba.Keadaan permukaan trek velodrome ini memang dikenali antara trek yang terpantas didunia yang mana telah dibina pada tahun 1976 dan siap sepenuhnya digunakan pada tahun 1980 dan tiada sebarang pertukaran bagi permukaan trek tersebut ( kayu )

Kebanyakan pasukan telah tiba di Moscow dan cuaca disini mencecah 31 darjah celcius dan kebanyakkan pasukan mengalami masalah yang sama iaitu kepanasan dibilik penginapan termasuk pasukan Great Britain. Cuaca panas disini berterusan sehingga pada 20 Ogos dan bekalan air sentiasa dipastikan penuh dibilik penginapan untuk memastikan pelumba tidak dehydrate dan tidak membenarkan pelumba keluar pada waktu ini.

Kedua-dua pelumba berada didalam keadaan baik dan memuaskan dan telah dapat menyesuaikan diri daripada masalah Jet Lag.

Bagi program untuk esok latihan bagi pasukan Malaysia bermula jam 7.30 pm -9.00 pm dan mesyuarat Pengurus Pasukan serta pendaftaran acara bermula pada jam 10.00 am hingga 5.00 pm.

sekian laporan ringkas dari Moscow.





--
AZRAIN MOHAMED YUSOF

1 comment:

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.