Thursday, August 18, 2011

UCI WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIPS 2011 MOSCOW RUSSIA

17 August 2011
Moscow Russia

Pada hari ini sebanyak 4 acara final dipertandingkan iaitu acara Team Pursuit Lelaki, Team Sprint Lelaki, Team Sprint Wanita dan Scratch lelaki. Upacara perasmiaan pembukaan juga diadakan pada jam 5.00 pm selepas acara Kelayakan team pursuit diadakan. Pasukan Malaysia mengambil bahagian didalam acara scratch lelaki yang diwakiili oleh Hamdan Hamidun. Acara ini telah diadakan pada jam 8.00 pm (12.00 am waktu malaysia) yang mana seramai 25 pelumba mengambil bahagian( 25 negara) sebanyak 30 pusingan harus dilalui oleh kesemua pelumba. Keputusan tidak rasmi Hamdan Hamidun memperolehi tempat ke 23 daripada 25 pelumba. Berikut adalah keputusan tidak rasmi:

Emas - Republik Czech SISR FRANTISEK,
Perak - Armenia - MKRTCHYAN MHER
Gangsa- Greece- SPANOPOULUS IONIS
HAMDAN HAMIDUN -NO.23

Jurulatih atlet Armenia ini adalah bekas jurulatih Kebangsaan MALAYSIA yang berasal dari Russia iaitu Albert Solayan.

Hari ini juga satu rekod telah dipecahkan iaitu bagi acara Team Pursuit lelaki yang dimenangi oleh pasukan Australia dengan catatan masa 4:02.632.Rekod sebelum ini dipegang oleh pasukan Russia yang dicatat juga di trek ini dengan kepantasan 4:04,488.

Lain-lain keputusan Rasmi:-

Team Pursuit Lelaki:
Emas: Australia - 4:02,632- World Rekod Junior
Perak:Russia- 4:07,342
Gangsa- New Zealand- 4;05,359

Team Sprint Lelaki
Emas- Germany - 0:59,982
Perak- France- 1:00,1365
Gangsa- Russia- 1:00,829

Team Sprint Wanita
Emas- Russia- 44,873
Perak: AUSTRALIA- 46,062
Gangsa- New Zealand- 46,910

Untuk esok (18 Ogos) kedua-dua pelumba negara akan mengambil bahagian. Berikut adalah maklumat perlumbaan melibatkan pelumba negara:

1)Muhd Arfy Qhairant
Acara : 1 KM
Status :Final
Peserta: 33
Negara :33
Masa: 8.00 pm (12.00 am Malaysia)

2) Hamdan Hamidun
Acara : Omnium- flying lap
Status :Kelayakan
Peserta:26
Negara :26
Masa: 2.00 pm (6.00pm Malaysia)


Sekian laporan dari Moscow.








No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.