Monday, August 22, 2011

UCI WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIP 2011 MOSCOW RUSSIA

21 August 2011
Moscow Russia

Hari ini seorang pelumba negara mengambil bahagian didalam acara keirin iaitu Muhd Arfy Qhairant. Seramai 42 pelumba mengambil bahagian dimana sebanyak 6 heat atau pusingan dibagagikan. Arfy diletakkan didalam heat ke 6 bersama-sama pelumba dari France, Iran, Afrika Selatan, Surinam dan Italy .Setiap heat hanya seorang pelumba sahaja yang layak ke pusingan kedua. Pada pusingan ini Muhd Arfy menduduki tempat ke 5 dan hanya layak ke pusingan repercharge. Pusingan repercarge ini juga hanya mengambil seorang pelumba terbaik sahaja dan keputusannya Arfy hanya mendapat tempat ke 5 dan tidak layak ke pusingan kedua.

Keputusan rasmi KEIRIN Lelaki

Emas- France- Palma Julien
Perak- Rusia- Shurshin Nikitta
GANGSA- Mexico- Verdugo Edgar Esmael

.
Hari ini adalah hari terakhir kejohanan dan pasukan MALAYSIA akan bertolak pulang pada esok..

Sekian laporan dari moscow.


--
AZRAIN MOHAMED YUSOF

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.