Monday, August 22, 2011

UCI WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIP 2011 MOSCOW RUSSIA

19 August 2011
Moscow Russia

Keputusan hari yang mana melibatkan pelumba negara:

Muhd Arfy Qhairant Amran
Acara - Kelayakan 200m Sprint

Arfy telah mencatakan masa 10, 693 yang mana menduduki tempat secara keseluruhan di tempat ke 32 dan tidak layak untuk pusingan seterusnya. Seramai 55 pelumba mengambil bahagian yang 24 pelumba yang mencatat masa terbaik akan pusingan seterusnya. Catatan masa yang dicatatkan oleh Arfy telah melepasi had kelayakan yang telah ditetapkan oleh John Beasley iaitu dibawah masa 10,700 untuk layak ke program Elit secara automatik. Catatan ini merupakan rekod baru remaja kebangsaan di dalam indoor velodrome dan Rekod Dunia remaja bagi acara ini juga telah dipecahkan oleh pelumba dari Germany iaitu Niederlag Max dengan mencatat masa 9,899 yang mana rekod terdahulu 9,955 yang dibuat oleh pelumba dari Russia iaitu Nikita Shurshin.


Hamdan Hamidun
Acara Omium - 1KM/IND PURSUIT/SCRATCH

Hamdan telah menunjukkan prestasi yang baik yang mana berjaya menghabiskan keenam acara yang dipertandingkan didalam acara omnium. Mengikut kedudukan selepas 5 acara beliau berkedudukan no 18 dari 22 pelumba..perubahan kedudukan mungkin berlaku selepas keputusan rasmi bagi acara 1KM dikeluarkan. Berikut adalah keputusan beliau pada hari ini:

Ind Pursuit- 3:43,196 ( no. 20)
Scratch - no. 16
1KM -1:09, 728 (standing rasmi belum dikeluarkan)

Berikut adalah keputusan tidak rasmi Omiun lelaki
Emas- Australia - Ewan Caleb
Perak- Russian-Ivley Roman
Gangsa- Kenneth Dylan- New Zealand


Lain lain keputusan

200 Sprint wanita
Emas- VAYNOVA Anatsyia -Russia
Perak- MACKENZIE sTEPHANIE- New Zealand
Gangsa- Williamson Victoria- Great Britain.

Scratch Wanita
Emas- Valente Jennifer- USA
Perak- BAKER GEORGIA- AUSTRALIA
Gangsa- Cameron Cassie- New Zealand

Jadual pertandingan esok tiada melibatkan pelumba negara. Muhd Arfy akan turun bagi acara keirin pada 21hb nanti.

Sekian laporan dari Moscow Russia

--
AZRAIN MOHAMED YUSOF

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.