Saturday, January 1, 2011

Laporan Semasa IODA World 2010

Salam 1Malaysia,

Sebanyak 3 lagi perlumbaan telah berjaya ditamatkan pada hari ketiga Perlumbaan IODA WORLD OPTIMIST 2010, Langkawi, Malaysia. Dengan tiupan angin yang mencabar untuk semua para peserta disebabkan datang berlainan arah dan cuaca semakin panas di kepulauan Langkawi ini.

Ahmad Syukri berjaya memperbaiki kedudukan dari tempat ke-19 semalam, melonjak ke tempat ke-5 selepas menamatkan 8 perlumbaan keseluruhan. Kedudukan pelayar-pelayar yang lain adalah seperti berikut,
Mohammad Faizal tempat ke-18, Nurul Izzatul Akmar- 28th, Ahmad Latif Khan- 75th, dan Mohd Isan ke-84 daripada 234 keseluruhan.

Perlumbaan untuk acara Individu masih berbaki 7 perlumbaan untuk ditamatkan dengan pendahulu masih dari peserta Thailand, kita mengharapkan para pelayar Malaysia dapat memperbaiki kedudukan dan muncul sebagai juara dunia yang baru dalam sejarah.


Sekian laporan daripada Langkawi,


MUHAMMAD SAHIR B A RAHIM
JURULATIH PELAPIS KEBANGSAAN

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.