Monday, January 31, 2011

8th KFC - Langkawi International Regatta Perdana 2011








Salam Satu Malaysia,

Tan Sri, Dato' dan Tuan Tuan,

Hari ini dengan Rasminya Kejohanan edisi ke 8 Langkawi International Regatt Perdana 2011 tamat. Seperti di rancang 12 Perlumbaan dapat di jalankan tepat mengikut jadual malah semua perlumbaan selesai menikut jadual. Inlah kelebihan Pertandingan kapal Layar di langkawi. Kekuatan angin yang bertiup melebihi 20 Knot hingga 25 knot. Menjadikan Regatta perdana kejohanan yang tinggi nilai. Hanya satu Kejohanan sahaja di Malaysia yang mengadakan 12 Perlumbaan dan semua perlumbaan di jalankan menikut peraturan ISAF . Gelangaang yang di gunakan juga mematuhi standard antarabangsa. Sayangnya banyak pasukan di Malaysia memilih untuk ke Batam Indonisia untuk mengambil bahagian. Walaupun sudah di ketahu di sana tak ada angin dan belum tentu semua perlumbaan dapat di adakan. kejohanan ini dalam senarai rangking kebangsaan dan kejohanan ini juga di gunakan untuk membuat penilaian bagi menetapkan pelayar yang akan di serap ke pasukan pelapis dan ellite. Seperti yang di jangka pelayar yang menyertai kejohanan ini benar benar dapat menunjukakan skill yang di harapkan. Perlumbaan berjalan lancar sejak awal pagi Jam 10. Keadaan yang bagitu mencabar. Hari ini sebanyak 2 Perlumbaan di adakan , semua perlumbaan berjaya di tamatkan sebelum Jam 1330Pm . Jam 1730Pm Acara penutup dan Penyampaian hadiah akan di sempunakan oleh YB Dato Paduka Abu bakar Bin Taip Ahli Parlimen Langkawi.

Keputusan Perlumbaan Hari terakhir setelah 12 perlumbaan keseluruhan.


Setelah tamat 12 Perlumbaan keputusan dalam kelas Optimist - Seperti yang di Jangka Juara Dunia , Ahmad Shukri beraksi cemerlang pada hari terakhir untuk terus kekal di tempat pertama dengan 14 Mata , Manakala Tempat ke dua Mohd Faizal bin Norizan dengan 18 Mata Tempat ke tiga di oleh Nurul Izatul Akmar dengan 27 Mata . ketiga tiga pelayar ini adalah Pelayar Pelapis kebangsaan.

Kelas Laser Standard - Pelayar Elite negara Mohd Romzi di tempat pertama dengan 13 Mata berjaya mengekalkan kedudukan , Makala Pelayar Elite negara Khairulnizam Mohd Afendy di tmpat ke 2 dengan 15 mata dan di tempat ketiga Mohd Fafhan dengan 29 mata dari johor.

Kelas laser Radial - Tempat pertamam Pelayar dari TLDM Shahidan Hasssan menutip 17 mata diIkuti Rapat oleh Hakim wagiman dari Johor mengutip 18 mata . Pelayar Kedah Mohd Amran Ali di tempat ke tiga dengan 24 Mata.


Kelas laser 4.7 - Pelayar Negara Khairunneeta Mohd Afendy mendahului dengan selesa dengan memenangi semua perlumbaan mengutip 10 mata di ikuti oleh Adiknya di tempat ke dua Khairun hanna Mohd Afendy dari kedah dengan 31 Mata dan tempat ketiga pelayar dari Pualu pinang Yeoh Lai Hoon dengan 33 Mata .

International 420 - Pemenang Pingat perak Sukan Asia Ahmad Latif Khan yang berpasangan dengan Hafizuddin terus mengungguli acara ini muncul Juara dengan mengutip 12 Mata dan di tempat kedua Pemenang pingat Perak Sukan Asia Khairnnisa Mohd Afendy yang Berpasangan dengan Nur fiqah bt Mohd Latif Mengutip 16 Mata muncul juara kelas wanita . tempat ke tiga Mohd Noor Nazmi bin Abdullah berpasangan dengan Muhammad Nur Syahmie bin Nor Hisham dari kedah dengan 33 Mata .

Interlational 470 - Tempat Pertama Pelayar Elite Negara Pemenang Pingat Gangsa Sukan Asia Ku Anas Ku Zamil dan Ahmad Hakimi bin Ahmad Shukri mengutip 10 mata mengatasi pelayar Negara Nurliyana bt Mohamad Latif berpasangan dengan Norashiken bt Mohamad Sayed dengan mengutip 22 mata di tempat ke tempat ke tiga dari TLDM Mohd Hakimi bin Bakar berpasangan dengan Muhammad Yazid bin Abd Manaf mengutip 27 mata.

Wind Surfing Big techno - pelayar negara Koe Sin Yee berjaya memintas pada perlumbaan akhir muncul juara dengan mengutip 16 mata dan tempat kedua Pelayar dari Pulau Pinang Shah Fimi dengan mengutip 18 Mata , tempat ke tiga Mohammad Shauri bin Sallahuddin dari Perlis mengutip 28 Mata

Windsurfing Race Board - Tempat Pertama Zainal Misran dengan mengutip 10 Mata dari Pulau Penang Tempat Ke dua Pelayar Negara Geh Ceow Lin mengutip 18 mata dan ke Tiga Katherine Ong dari Penang dengan 36 Mata

Kelas Hobbie 16 - Tempat Pertama di dahului oleh Mohamad Amirul Syafiq Md Jais berpasangan dengan Nik Asraf Qeadi mengutip 11 mata manakala tempat ke dua Pelayar Dari Terangganu Mohd Saifullah dan Mohd Esa dengan mengutip 17 ,tempat ke tiga Jamaludin Md Amin berpasangan dengan Malik Osman dari Kedah mengutip 36 mata

Keseluruahan perlumbaan hari ini berjalan dengan lancar dimana pelayar berpuas hati dengan pengadilan dan juga cara perlumbaan di jalankan. Kejohanan kali ini berjaya di anjur dengan sempurna dan di harap tahun tahun akan datang regatta ini terus menjadi kejohanan utama di negara ini. Kepada Penaja Kementerian belia dan Sukan, majlis Sukan Negara, KFC, LADA dan kerajaan negeri kedah , Persatuan Perahu layar kedah serta Persatuan Pelayaran malaysia Mengucapkan Ribuan terima kasih dan berharap akan mendapat bantuan dan kerjasama pada tahun tahun akan datang.

Maklumat lanjut serta gambar dan keputusan penuh boleh di perolehi di www.sailing.org.my

sekian terima kasih

Mohd Afendy Abdullah
General Manager
Malaysian Yachting Association
National Sailing Centre

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.