Friday, January 7, 2011

Kejohanan IODA World 2010 Pelayar Negara Muncul Juara Dunia

Kejohanan Dunia , menutup tirai dengan penuh makna dan membawa seribu kenangan dan kejayaan yang di nanti, Kejohanan kali ini bukan sahaja di iktiraf yang terbaik malah di katakan paling sempurna dengan kejayaan penganjur serta keaadaan angin yang bagitu sempurna untuk setiap perlumbaan .

Asia ... Asia .....Asia itu sahaja yang dapat di gambarkan pada kejohanan kali ini. Negara asia mengungguli setiap ketogori.. Pelayar dari Thailand Nappakao Poonpat juara wanita tahun lepas merangkul Dua kejuaraan iaitu juara Dunia keseluruhan dan Juga Juara Wanita bagi tahun 2010. Manakala Pelayar Negara Ahmad Shukri Muncul Juara Dunia bagi Ketogori Lelaki dan Naib Johan keseluruhan satu kejayaan yang cemerlang di ikuti Mohamad Faizal Norizan Di tempat ke Tiga ketogori Lelaki dan Ke empat keseluruhan. Manakala Pelayar dari Japan Okada menduduki tempat kedua Lelaki dan Keseluruhan tempat ke Tiga.

Bagi pasukan terbaik kali ini di menangi oleh Thailand , Tempat ke Dua Singapore dan tempat ke tiga Malaysia. Dimana tahun lepas di menangi oleh Malaysia.

Kejayaan pelayar negara pada kali ini amat membanggakan dalam sejarah pelayaran inilah kali pertama pelayar Negara muncul sebagai Juara Dunia. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan bantuan untuk menjayakan kejohanan kali ini...... Terima kasih

Mohd Afendy Abdullah
General Manager
Malaysian Yachting Association

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.