Monday, January 3, 2011

Laporan hari kelima Kejohanan Basslink Tasmanian Christmas Carnival Series 2010/2011







Laporan hari kelima Kejohanan Basslink Tasmanian Christmas Carnival Series 2010/2011

Tarikh:01 Januari 2011

Masa: 12 pm

Tempat: Burnie Athletic Club, Burnie.



RINGKASAN KEJOHANAN

Kejohanan hari ke 5 kejohanan dan merupakan kejohanan yang terakhir bagi pasukan pelapis berbasikal Malaysia. Diadakan di Trek Burnie Athletic Club yang mana keluasan trek 250 meter.

PENYERTAAN ATLET PELAPIS MALAYSIA.

Hari terakhir kejohanan melibatkan penyertaan 8 atlet lelaki dan 1 atlet perempuan. Mohd Fauzan tidak menyertai kejohanan terakhir disebabkan demam.

ACARA YANG DISERTAI.

WOMEN’S 1 KM (jam 12.37 pm)

Acara ini melibatkan 2 ¼ pusingan trek dan 7 pelumba yang terbaik pada setiap heat akan layak ke peringkat akhir.Ummi Hamimah mendapat tempat ke 8 dalam acara ini dan tidak layak ke peringkat akhir.

MEN’S 1KM (jam 12.49)

Acara ini melibatkan penyertaan 8 pelumba pelapis Malaysia iaitu Mohd Fattah, Mohd Zulhelmi, Mohd Fakaruddin, Mohamad Elmi, Mohd Ekbar, Amirul Anuar ,Wan Shazwan Afiq, Mohd Fauzan dan Firdaus Suardi. Pelumba perlu menduduki tempat 3 terbaik pada setiap (heat) untuk layak ke peringkat akhir dan pelumba pelapis Malaysia iaitu Mohd Elmi Jumari, Mohd Ekbar, Amirul Anuar, Mohd Fattah dan Firdaus Suardi telah berjaya ke peringkat akhir. Pada peringkat akhir, Amirul AnuarFauzan pelumba pelapis Malaysia memperoleh tempat pertama ( wang tunai $ 900). Selain itu,diikuti dengan Firdaus Suardi memperoleh tempat ke 2( wang tunai $ 375) dan Mohd Fattah tempat ke 3 (wang tunai $ 150)

B GRADE SCRATCH RACE 3 KM(jam 2.53 pm)

Acara ini melibatkan 7 pusingan trek dengan penyertaan 10 pelumba. Ummi Hamimah memperoleh tempat ke 7.

B GRADE WOMEN POINT SCORE 10 LAPS (jam 3.41 pm)

Acara ini melibatkan pecutan pada lap yang ke 8,4 dan 1. Pelumba yang memperoleh tempat pertama pada lap yang telah ditetapkan akan memperoleh 3 mata, kedua 2 mata dan ketiga satu mata. Ummi Hamimah tidak memperoleh pungutan mata.



MEN’S 2KM (jam 4.01)

Acara ini melibatkan penyertaan 8 pelumba pelapis Malaysia iaitu Mohd Fattah, Mohd Zulhelmi, Mohd Fakaruddin, Mohamad Elmi, Mohd Ekbar, Amirul Anuar ,Wan Shazwan Afiq, Mohd Fauzan dan Firdaus Suardi. Pelumba perlu menduduki tempat 5 terbaik pada setiap (heat) untuk layak ke peringkat akhir dan pelumba pelapis Malaysia iaitu Mohd Elmi Jumari, Mohd Ekbar, Amirul Anuar, Mohd Fattah dan Firdaus Suardi telah berjaya ke peringkat akhir. Amirul Anuar, Mohd Fakarruddin dan Wan Syazwan layak ke peringkat akhir dan hanya Mohd Fakaruddin menghabiskan pelumbaan dan mendapat tempat ke 4( wang tunai $ 75). Penyertaan 10 pelumba.

C GRADE SCRATCH RACE 4 1/2 LAP(jam 6.48 pm)

Hanya seorang pelumba pelapis Malaysia yang bertanding untuk acara ini iaitu Firdaus Suardi. Beliau telah memperoleh tempat pertama dengan penyertaan 17 pelumba. Wang tunai yang diperolehi sebanyak $ 300.

B GRADE SCRATCH RACE 10 LAP (jam 7.08 pm)

Acara ini melibatkan penyertaan 21 pelumba. Pelumba pelapis Malaysia yang menyertai acara ini adalah melibatkan Mohd Elmi Jumari, Mohd Fattah, Mohd Fakarruddin, Mohd Ekbar, Wan Syazwan, Amirul Anuar dan Mohd Zulhelmi. 3 orang pelumba pelapis Malaysia yang memperoleh kedudukan terbaik iaitu Mohd Fakarruddin memperoleh tempat ke 2 dan wang tunai $ 125, Amirul Anuar mendapat tempat ke 3 dan wang tunai $ 50 dan Mohd Elmi Jumari tempat ke 4 dengan wang tunai $ 25.

MEN’S 3 KM (jam 6.59 pm)

Acara ini melibatkan pusingan 6 ¾ dan pada setiap heat 5 pelumba terbaik akan layak ke peringkat akhir. Pelumba pelapis Malaysia yang menyertai acara ini adalah Mohd Elmi Jumari, Mohd Fattah, Mohd Fakarruddin, Mohd Ekbar, Wan Syazwan, Amirul Anuar dan Mohd Zulhelmi, Firdaus Suardi Semua pelumba pelapis Malaysia tidak layak ke peringkat akhir.
Pasukan berbasikal pelapis Malaysia telah selamat tiba di Majlis Sukan Negara pada jam 7.00 am (03/01/2011).


Terima Kasih

--
Syamsul Afzan Mohd Nor
Unit Pelapis Serantau
Cawangan Pelapis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.