Wednesday, November 21, 2012

BENGKEL JURULATIH BERBASIKAL



TARIKH: 21 NOV. 2012
TEMPAT: HOTEL HERITAGE,IPOH PERAK.

PESERTA: 22 JURULATIH

Bengkel jurulatih berbasikal yang dikendalikan oleh cawangan kejurulatihan pada kali ini diadakan di hotel Heritage,Ipoh Perak yang mana seramai 22 jurulatih telah hadir ke bengkel ini.Bengkel ini khusus untuk jurulatih penuh masa dan separa masa yang berada dibawah program elit,pelapis kebangsaan,serantau dan negeri.

Tujuan utama bengkel ini diadakan bagi perjumpaan semua jurulatih di bawah program pelapis bersama ketua jurulatih en. John Beasley, Graham Sears dan juga team high performance ISN yang diketuai oleh en. Izham dan Lee Ming. Disamping itu juga sesi perjumpaan ini juga lebih memberi maklumat - maklumat berkenaan tentang keperluan atlet berbasikal diperingkat negeri dari segi physically bagi persiapan ke arah dari peringkat negeri ke national level.

Bengkel ini juga menekankan penggunaan sport science dan nutrition didalam latihan dan pertandingan.

Bengkel kali ini juga lebih memberi penekanan terhadap cara-cara bagaimana  untuk membuat program short term dan long term program serta aktiviti berkumpulan atau assignment untuk membuat periodisasi plan dalam setahun.

Seramai 8 jurulatih tidak dapat hadir ke bengkel ini disebabkan oleh alasan-alasan tertentu.

Bengkel ini juga disertai oleh oleh wakil dari pihak pkbm iaitu en. Ibrahim.

Sesi pagi dimulakan pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 6.00 petang.

Sekian laporan dari Ipoh.

laporan oleh azrain

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.