Friday, November 2, 2012

KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK 2012

Laporan hari pertama - 1 November 2012

Kem Bakat Sukan Menembak diadakan pada 1 hingga 6 November 2012 di P.Pinang.  Kem ini disertai oleh 34 atlet, 3 orang jurulatih Pelapis Kebangsaan, 5 jurulatih penuh masa dan 2 jurulatih sambilan di bawah program Pelapis Negeri.

Tujuan utama kem ini diadakan bagi menggilap potensi atlet bawah 16 & 15 tahun sebagai persiapan ke arah temasya sukan AYG 2013 & YOG 2014. Atlet telah dipecahkan mengikut kumpulan acara masing - masing dan setiap kumpulan diketuai oleh team leader iaitu jurulatih Pelapis Kebangsaan sendiri.

Kesemua atlet telah melapor diri di lapang sasar Kelab Menembak P.Pinang dan penginapan untuk kem ini adalah di 1926 Heritage Hotel dimana mengambil masa selama 10 minit jarak perjalanan.  Sesi malam ini adalah ceramah Nutritionist oleh pegawai pemakanan Pusat Satelit ISNPP iaitu Loo Lean Hiong .  Ceramah Pemakanan terpaksa dibuat sehari awal dari jadual asal iaitu 2 November memandangkan kesemua pegawai ISNPP akan bertolak ke KL bagi menghadiri Persidangan Sains Sukan pada tarikh tersebut.

Sekian, laporan dari Penang
Nurehsan

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.