Monday, November 19, 2012

Hari Pertama - Kem Bakat Angkat Berat Siri 2/12

Kem Bakat Angkat Berat Siri 2/12 sedang diadakan di Wisma Majlis Sukan Negeri Kelantan pada 17 hingga 23 November 2012. Seramai 30 atlet (19 lelaki 11 wanita) dan 7 jurulatih menyertai kem pada kali ini. Peserta yang menyertai kem ini adalah yang di pilih pada kejohanan terbuka kebangsaan bawah 16 tahun. 

Kumpulan umur ini juga adalah kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti untuk menyertai kem latihan bagi menghadapi kejohanan kelayakkan YOG dan AYG tahun hadapan. 

Pada hari pertama adalah sesi perjumpaan pengurus dengan atlet dan jurulatih disamping sesi perangkaan program latihan bagi jurulatih. Program latihan akan di pantau oleh jurulatih Akademi Serantau Kota Bahru iaitu En. Nordin Jusoh.


Laporan di sediakan oleh:
Adam

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.